Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 24, 2017

Sekali tengok kesian pulak kat orang tua ni!

Saya mohon maaf, Tok Guru: Suhaizan
ATIRAH HASLI - 23 JANUARI 2017
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - "Saya mohon maaf Tok Guru (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," demikian ujar Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.

Suhaizan berkata, beliau memohon maaf kepada Abdul Hadi kerana gagal sependapat dengan pemimpin itu berhubung kenyataan Pas yang mahu pembangkang yang lain mengikut rentak Pas sekiranya mahu bekerjasama dengan parti itu.

"Saya berbeza pendapat dengan Tok Guru. Kita tidak boleh paksa orang lain menerima cara kita. Kita hanya boleh beri pilihan pada mereka.

"Terpulang pada mereka untuk menerima atau menolaknya. Dari segi menilai pula, biarlah orang lain menilai parti kita dan tidak perlu kita menilai parti kita sendiri bagi pihak mereka," katanya kepada Sinar Online.

Abdul Hadi sebelum ini berkata, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.

Pemimpin nombor satu Pas itu dipetik sebagai berkata, parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ikut cara Pas jika mahu bekerjasama]

* Kesian dia, dah tak ada ilmu psiko di sokong pula oleh wala'un yang POYO. baca link ni: 'Mahathir bimbang dengan pengaruh Pas'

SHAH ALAM - Pusat Penyelidikan Pas (PPP) menyifatkan kenyataan Pengerusi Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memerlukan Pas dalam blok pembangkang menunjukkan 'ketakutan' pihaknya sendiri.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Mahathir sememangnya sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ianya memandang rendah terhadap Pas, sebaliknya beliau bimbang dengan pengaruh Pas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa