Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, January 19, 2017

Tuu dia.......budak umur 10 tahun dah tahu merogol dan sedang dicari polis

Rogol berkumpulan: Budak lelaki 10 tahun antara yang dikehendaki di Labuan  
Januari 18, 2017 22:08 MYT
Rogol berkumpulan: Budak lelaki 10 tahun antara yang dikehendaki di Labuan
Menurut Adzhar (gambar), individu yang tersenarai dalam 'senarai dikehendaki'itu, melakukan jenayah antara 2011 dan tahun lepas.
LABUAN: Seorang budak lelaki berumur 10 tahun sedang dicari polis berhubung kes rogol berkumpulan.

Budak lelaki itu merupakan antara 86 individu yang sedang diburu polis Labuan kerana terbabit dalam pelbagai kes jenayah di pulau bebas cukai ini.

Budak lelaki itu disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan kira-kira dua tahun lalu dan telah menghilangkan diri sejak itu.

Individu paling tua dalam kalangan 86 suspek dalam 'senarai dikehendaki' polis Labuan ialah lelaki berumur 69 tahun yang terlibat dalam kes tipu.

Individu yang tersenarai dalam 'senarai dikehendaki'itu, melakukan jenayah antara 2011 dan tahun lepas.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata 86 individu itu diburu kerana melakukan jenayah seperti bunuh, rogol, ugut, menyebabkan kecederaan teruk, curi, pecah rumah dan gagal hadir di mahkamah.

Katanya polis telah mengeluarkan rayuan terkini bagi mendapatkan maklumat untuk mengesan individu dikehendaki berkenaan - kesemua mereka adalah lelaki - kerana sesetengah daripada mereka masih belum dapat dikesan selepas enam tahun.

"Kebanyakan daripada suspek adalah daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lainnya sama ada warga Indonesia atau Filipina" katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek berkenaan agar tampil membantu polis, namun Adzhar menasihati mereka agar tidak bersemuka secara peribadi dengan individu dalam "senarai dikehendaki' itu.
"Kami mahu bercakap dengan mereka yang mempunyai maklumat tentang orang yang dikehendaki polis yang telah kami keluarkan senarai nama mereka sebelum ini.

"Hanya salurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran untuk membolehkan kami menjalankan siasatan," katanya. -- Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa