Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 22, 2017

Isytihar darurat: Chile pula terbakar - diserta gambar

Chile isytihar darurat berikutan kebakaran hutan
pada 21-01-2017 11:01 
SANTIAGO: Chile mengisytiharkan darurat, semalam selepas kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan seluas hampir 50,000 hektar semakin menghampiri bandar, kilang dan ladang anggur.

Pasukan bomba, kakitangan perkhidmatan perhutanan dan anggota tentera bergelut memadamkan 18 kebakaran berbeza di tengah dan selatan negara, yang disemarakkan dengan angin kuat dan gelombang kepanasan.

Kebakaran paling besar memusnahkan kawasan seluas 24,000 hektar di sekitar Pumanque, iaitu kawasan pedalaman kira-kira 140 kilometer ke selatan ibu negara, Santiago, berhampiran beberapa ladang anggur Chile.

"Saya sudah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan zon bencana dan darurat di kawasan terjejas oleh kebakaran," kata Presiden Michelle Bachelet di Twitter. Asap yang membentuk jerebu tebal turut menyelubungi Santiago.

Sementara itu, imej televisyen menunjukkan helikopter dan pesawat cuba memadamkan api yang tidak dapat dikawal itu, tetapi tidak berhasil.

Ketua Perkhidmatan Perhutanan Chile, CONAF, Aaron Cavieres, berkata kebakaran berpunca tindakan manusia, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia dimulakan dengan sengaja. - sumber
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa