Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 27, 2017

Lagi Pegawai JPJ maut ditetak

Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu
NOR AZURA MD AMIN - 27 JANUARI 2017
Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu Lokasi kejadian di rumah mangsa di Kampung Parit Pak Intan Parit Sikom.

PONTIAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di leher dan bahu serta tikaman di perut  akibat diserang beberapa individu di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Jaiman Sapar, 53 duda anak empat dipercayai diserang menggunakan senjata tajam iaitu parang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada pukul 12.38 tengahari.

“Selepas ditetak mangsa sempat menghubungi adiknya Siti Pujinah Sapar, 53 yang tinggal hanya kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa.

“Mangsa ditemui berlumuran darah dan terbaring di kawasan semak samun di hadapan rumahnya. Mangsa dibawa segera ke Hospital Pontian bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,”katanya.

Jelasnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan si pelaku merupakan penagih dadah.

“Serbuan dan pemeriksaan akan dilakukan di beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi “port penagih dadah” di daerah ini.

“Polis sedang menyiasat kesemua bukti-bukti berkaitan di lokasi kejadian. Unit forensik dan anjing pengesan turut digunakan dalam siasatan kes,”katanya.

Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri  telah  diserang sebaik sahaja dia tiba di rumahnya selepas melawat adiknya Siti Pujinah.

“Polis percaya rumah mangsa telah dipecah masuk ketika mangsa tiada di rumah. Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, mangsa telah ditetak oleh beberapa individu dengan parang.

“Terdapat kesan umpilan pada pintu belakang rumah dan televisyen LCD milik mangsa hilang dipercayai telah dicuri,”katanya.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa