Wednesday, 25 January 2017
SALLEH YANG TERLUPA.....
Kata Salleh Said Keruak, pengampu dan pembodek nombor satu dalam negara ketika ini, Lim Kit Siang tidak setaraf kedudukannya dengan Najib Razak untuk mengadakan perbahasan.
"Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional.
"Sekiranya Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri Bayangan, maka beliau mungkin mempunyai sebab untuk menuntut mengadakan perbahasan dengan Najib," kata Salleh lagi.
Siapa yang sebenarnya terlupa, Lim Kit Siang atau Salleh sendiri?
Adakah Salleh terlupa bahawa Anwar Ibrahim, sebelum PRU 13, telah berkali-kali mencabar Najib untuk berdebat dengannya dan tidak pernah sekali pun cabaran itu berani disambut?
Bukankah Anwar ketika itu adalah ketua Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri bayangan?
Mengapa Najib tidak berani menyahut? Adakah Anwar tidak setaraf kedudukannya dengan Najib?
Jika perkara itu pun Salleh masih terlupa, beliau tentunya masih ingat mengenai program NothingToHide di mana Tun Mahathir Mohamad dengan penuh "gentleman" menunggu kehadiran Najib untuk menyoal beberapa soalan mengenai 1MDB, tetapi akhirnya Najib sendiri yang kesipuan di dalam rumah dan membatalkan kehadiran tanpa sebarang sebab.
Mengapa Najib takut dan lari untuk berdepan dengan Tun Mahathir di pentas yang sudah dipenuhi dengan hadirin?
Adakah Najib juga menganggap Tun Mahathir tidak setaraf untuk berdebat dengannya?
Bolehkah Salleh menamakan sesiapa yang lain yang difikirkannya setaraf dari segi kedudukan dan jawatan untuk berdebat dengan Najib? (SH 25/01/2017)
Posted by Shahbudin Husin at 08:48
Imbas:
KAHKAHKAH BUAT SALLEH SAID KERUAK
[PANAS] Debat: Anwar SINDIR Najib Tahap Maksimum di Twitter

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa