Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 30, 2017

'Demi persubahatan ummah'?

'Demi perpaduan ummah atau persubahatan ummah'?
29 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Raja Bahrin Shah

Parti Amanah Negara (Amanah) meminta Pas menyatakan pendirian berhubung sikap 'double standard' Umno dalam membela umat Islam yang tertindas.

Ia susulan penegasan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bahawa kerjasama parti itu dengan Pas adalah melibatkan kepentingan ummah dan juga perkara-perkara yang membabitkan soal Islam.

Pas juga dijemput menghadiri pelancaran pelayaran kapal Food Flotilla For Myanmar pada 3 Februari depan.

Ketua Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keprihatinan terhadap umat Islam Rohingya namun berdiam diri atas pembunuhan beratus ribu rakyat Islam kaum minoriti Islam Uighur di provinsi Xinxiang di Republik China.

Malah katanya, bukan sahaja kerajaan Malaysia di bawah Najib tidak menegur kekejaman tersebut tetapi hari ini diberitakan akan menyerahkan pembinaan dan pengurusan tujuh buah pelabuhan utama Malaysia iaitu di Kuantan, Johor Bharu, Melaka, Kelang, Bagan Datuk, Pulau Pinang dan juga Yan kepada syarikat China.

"Penyokong-penyokong Pas perlu menyoal adakah wajar parti mereka mengikut telunjuk Umno tanpa melihat sikap Najib yang bersekongkol dengan pemerintah zalim negara China Komunis demi kepentingan ekonomi Umno semata-mata.

"Adakah ini demi perpaduan ummah atau demi persubahatan ummah merestui kerjasama dengan kerajaan yang zalim yang menindas dan membunuh orang Islam, bangsa serta rakyat mereka sendiri di negara China," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga meminta Pas menyatakan pendirian sama ada akan meneruskan kerjasama dengan Umno walaupun mengetahui Umno memberi begitu banyak keistimewaan kepada China termasuk dua projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) berharga RM55 bilion.

"Dalam waktu yang sama orang Islam berbangsa China terus disembelih oleh negara China Komunis ini. Bukankah pada PRU13 Pas telah meletakkan calon untuk bertanding melawan rakan Pakatan Rakyat dari PKR di Kota Damansara di saat terakhir kerana calon PKR kononnya berfahaman sosialis.

"Mana lebih buruk sosialis atau komunis dan pernahkah calon PKR tersebut itu menganiaya mana-mana orang Islam?" soalnya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga mempersoal tindakan Najib yang hanya menjemput Pas ke pelancaan tersebut tanpa parti pembangkang lain seperti Amanah dan PKR yang majoriti beragama Islam.

Sedangkan katanya, Amanah dan PKR mengemukakan usul Rohingya ke parlimen pada November tahun lalu sementara Pas dan Umno hanya berdiam diri.

"Kami dari Amanah dan pembangkang lainlah yang mengemukakan usul asal untuk isu Rohingya di bahas di Parlimen pada bulan November 2016 tapi malangnya tidak disokong oleh Umno dan juga Pas sementara PKR dan DAP menyokong.

"Selepas itu Umno dan Pas membuat himpunan di luar parlimen iaitu di Stadium Titiwangsa untuk pelarian Rohingya," katanya.

1 comment:

  1. Najib akan membawa Malaysia kearah kehancyran, dia adalah perdana menteri yg lemah yg twtsepit antara agenda peribadi dan tekanan kuada besar...perdana menteri yg lemah akan menjadi kambing hitam utk dihukum...Najib tak mampu berdiplomasi dalam hal ini...rakyat akan ditindas

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa