28 JANUARI 2017
tok perak
*TIDAK kira skala kecil atau skala besar, pengamal rasuah kini mesti panas punggung. Walaupun ada duit berjuta-juta – sama ada dalam bank, atau dalam almari di rumah – tentu mereka tidak lena tidur.
Walaupun ada masa berketul-ketul, rumah besar, kereta mewah, beg tangan dan jam tangan jenama hebat, mesti mereka tidak lalu makan. Mungkin ada yang mula bercakap seorang diri, tanda-tanda awal kesewelan.
Terbukti kini duit dan barang-barang mewah yang mereka miliki secara jijik, lagi haram itu tidak membawa ketenangan, sebaliknya menjadikan mereka dalam keresahan dan ketakutan.
Pasti mereka setiap detik bertanya-tanya dalam debar, bila giliran mereka akan dicekup oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...
*ADA pun yang menyebabkan panas punggung, tak lena tidur, tak lalu makan dan bercakap seorang diri itu adalah gara-gara ketegasan yang ditunjukkan SPRM semenjak dua menjak ini.
Seperti mana yang diketahui umum agensi antirasuah itu telah menjaring ikan-ikan besar, termasuk jerung dan jaws dan mengheret bapak rasuah ke muka pengadilan.
Sehari dua ini agensi berkenaan memberi amaran pula kepada ahli politik yang terlibat rasuah. Sepatah kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad: “Tunggu...”
“Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja - tunggu. Kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat,” tegas beliau seperti yang disiarkan media.
Maka, ramailah yang menunggu dalam debaran...
*PERIHAL rasuah dalam kalangan orang politik, siang-siang Umno menegaskan bahawa parti terbesar orang Melayu itu tidak mengamal-kan rasuah.
Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima amaran SPRM untuk lebih berjaga-jaga, dan yakin Umno tidak main kotor.
Alkisah sebagai sebuah parti mungkin ada benarnya kata-kata Ku Nan bahawa Umno bersih dari rasuah. Tetapi andaian umum ialah parti yang bersih tidak semestinya ahlinya bersih.
Lebih-lebih lagi sejarah telah membuktikan ada ahli dan pemimpin parti yang telah disahkan mengamalkan politik wang, dan dihukum kerana kesalahan tersebut.
Menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan parti sama sahaja dengan rasuah. Semua orang, termasuk SPRM, tahu hakikat ini. Kita hendak tengok siapa jerung dalam Umno akan masuk ke pukat SPRM.
*PERASUAH patut menerima hukuman yang lebih berat, supaya pesalah jenayah ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain. Demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.
Kata beliau, undang-undang telah memperuntukkan hukuman 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda nilai suapan atas kesalahan melibatkan rasuah di negara ini.
“Apa yang jadi kini adalah hakim menjatuhkan hukuman ringan dan tidak melaksanakan tanggungjawab serta tugasnya dengan baik...
“Mahkamah terlalu beri belas ihsan kepada pesalah dengan alasan-alasan diberikan oleh peguam, dan itu tidak wajar,” tegas beliau seperti yang disiarkan media.
Maka semakin panaslah punggung pengamal rasuah yang belum dicekup.
*TANGKAPAN jerung terkini di Felda, seperti yang dilaporkan, lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Mereka terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar Datuk (Datuk lagi!), bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.
Menurut sumber, penghantaran ikan sturgeon ke Malaysia tidak dapat dilaksanakan berikutan ladang akuakultur masih belum dibina kerana tindakan Jabatan Alam Sekitar menarik balik tapak ca-dangan setelah mendapati ia projek berimpak tinggi.
Pelik, ikan belum diternak, RM47.6 juta duit Felda telah disonglap.
*AKHIR kalam, kalau mengikut tangkapan SPRM sejak sebulan dua ini, jerung dan bapak paus telah membalon duit haram berjumlah RM beratus-ratus juta, mungkin berbilion.
Kalau kita teliti kes-kes yang dibawa ke mahkamah, sebahagian besar terlibat – tidak kira dalam GLC atau korporat – yang melakukan kerja kotor itu ialah orang Melayu beragama Islam. Ini yang orang kata Melayu makan Melayu.
Si kaki balon ini adalah indivi-du-individu berkedudukan tinggi. Mereka diamanahkan menjaga duit rakyat. Tetapi mereka jugalah yang menjahanamkan duit hingga licin.
Dulu ada bidalan: ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Sekarang sudah ada bidalan atau peribahasa baharu: ‘bagaikan drakula menjaga tabung darah’.
Harap-harap SPRM segera menangkap puntianak dan drakula yang mengeringkan tabung darah ini...

Selagi kepala bapak penyamun serta associate2 dia tidak dicekup, tak payahlah nak digembargembur sgt yg kita bertindak tegas terhadap perasuah. Hentikan sandiwara ini
ReplyDelete