Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 20, 2017

Ulamak mana lebih bahaya dari Dajjal?

Monday, January 2, 2017
Ulama yang Lebih Berbahaya daripada Dajjal

DALAM buku Bidayatul Hidayah, Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali mengutip sebuah riwayat yang menyebutkan tentang Dajjal yang bukan Dajjal. Beliau menyebutkan bahawa Dajjal tersebut bukanlah Dajjal yang sesungguhnya, tetapi justru dinisbatkan kepada sosok ulama.

Siapakah yang dimaksudkan ulama ini? Mengapa mereka disamakan bahkan terkesan lebih berbahaya daripada Dajjal?

"Aku sangat menghkawatirkan kalian terhadap Dajjal yang bukan Dajjal," sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa sallam.

Sebahagian sahabat bertanya, "Siapakah yang engkau maksud, wahai Rasulullah?"

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa sallam menjawab, "Ulama yang buruk."

Ulama yang buruk dinisbatkan lebih buruk daripada Dajjal. Pasalnya, Dajjal itu nyata. Jelas bentuk dan visinya. Tidaklah dia diutus di akhir zaman, kecuali untuk menjerumuskan manusia ke dalam kesesatan, dosa, dan keburukan hingga terjerumus di dalam neraka.

"Sementara ulama yang buruk," tutur Imam al-Ghazali, "walaupun lisan dan kata-katanya mengajak manusia berpaling dari dunia, namun ia juga mengajak mereka kepada dunia melalui tingkah laku dan perbuatannya (teladannya)."

Tindakan, sebagaimana sudah menjadi keumuman, lebih dirujuk dan mudah diikuti daripada perkataan lisan. Bahkan ada begitu banyak omongan yang tidak berfungsi jika bertentangan dengan perbuatan.

"Bahasa sikap lebih fasih daripada bahasa lisan. Sebab manusia lebih cenderung menyaksikan tindakan nyata daripada memperhatikan atau mengikuti kata-kata. "

Lebih lanjut, kesan buruk yang diperolehi dari mengikuti perbuatan buruk ini jauh lebih dahsyat daripada kebaikan yang ditimbulkan dari mengikuti kata-kata.

Imam al-Ghazali meneruskan, "Kerosakan yang ditimbulkan oleh orang yang tertipu dengan amal-amalnya lebih banyak daripada kebaikan yang ia lakukan dengan kata-kata. Sebab, orang bodoh berani rakus dengan dunia gara-gara orang pintar. Orang pintarlah yang menjadi penyebab hamba-hamba Allah Taala yang awam berani berbuat durhaka kepada-Nya. "

Inilah orang pintar yang justru membahayakan diri, agama, dan peradaban. Sebabnya, "Jiwanya sebenarnya bodoh, terus menipu angan-angan serta harapannya. Ia menganggap dirinya lebih baik daripada kebanyakan hamba Allah Taala. "

Tentu, nasihat ini lebih bersifat reflektif bagi para hamba yang beriman. Janganlah nasihat ini dijadikan alasan sehingga seorang Muslim malas menuntut ilmu. Yang seharusnya dilakukan adalah menuntut ilmu dari sumber yang suci, lantas terus menerus mengamalkannya dengan pelbagai jenis amal soleh. Agar ilmu menyelamatkan. Bukan membahayakan atau menjerumuskan.

Wallahu a'lam.

Sumber: http://kisahikmah.com/ulama-yang-lebih-berbahaya-dari-dajjal/

- via detikislam

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa