Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 20, 2017

Hah....sebelum ini PAS jer yang tunjuk bagak, sekarang DAP pun tak mahu PAS juga!

‘DAP tidak mahu PAS dalam kerajaan Selangor, jika Pakatan menang’

  | January 19, 2017
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar bagaimanapun berkata, sukar meminggirkan PAS di Selangor kerana pemimpin parti Islam itu sudah menganggotai kerajaan negeri itu selama 2 penggal.
PETALING JAYA: DAP tidak mahu PAS diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan Selangor, jika Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan tampuk pemerintahan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang Selangor, Ganabatirau Veraman berkata, rakyat kini sedia maklum PH bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatua Malaysia (PPBM), bukannya PAS.
“Secara jelas PH komponennya adalah DAP, Amanah, PKR dan kini bekerjasama dengan PPBM. Itu jelas, tidak ada kenyataan yang menyatakan PAS bekerjasama dengan PPBM atau PH.
“Kalau ini berterusan, sudah tentu kerajaan akan datang tanpa PAS,” kata penolong setiausaha organisasi DAP Selangor itu kepada FMT.
Adun Kota Alam Shah itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang parti itu akan menggantikan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor, jika PH menang pada PRU14.
Salahuddin berkata, PAS kini mendiamkan diri dan tersangkut dalam isu melibatkan Selangor kerana parti Islam itu mempunyai kepentingan serta masih memegang tampuk kuasa di peringkat exco.
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar bagaimanapun tidak bersetuju dengan Salahuddin.
Adun Seri Andalas itu sebaliknya mengharapkan PH, PPBM dan PAS akan bekerjasama bagi memperoleh majoriti besar pada PRU14.
“Kita kena wujudkan mekanisme, adakan persahabatan dengan semua parti dan kena ada pertandingan satu-lawan-satu di Selangor.
“Untuk ini jadi realiti, semua parti dalam PH, PAS dan PPBM kena bekerjasama untuk mencapai hasrat itu. Jangan kata mana-mana parti tidak boleh bekerjasama.”
Katanya, sukar meminggirkan PAS di Selangor kerana pemimpin parti Islam itu sudah menganggotai kerajaan negeri itu sejak PRU12.
“PAS sudah bersama kita dalam Selangor sejak 2 penggal lalu. Saya ingat PAS bukan bodoh, mereka tahu mereka memaikan peranan besar dalam PRU14,” katanya.
PH yang menyatukan PKR, DAP dan Amanah di samping kerjasama dengan PPBM, menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur ekoran perselisihan PAS dan DAP.
Amanah ditubuhkan pada lewat 2015, selepas kemenangan puak yang mahu PAS lebih tegas mempertahankan matlamatnya melaksanakan undang-undang syariah yang lengkap dengan hudud, sesuatu yang tidak dipersetujui rakan komponen lain.
PAS kini memiliki 13 kerusi daripada 56 kerusi DUN di Selangor dengan 3 adunnya ialah exco negeri.
Pembangkang berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU 2008 dan diteruskan dengan majoriti lebih besar pada PRU 2013.
Ia merupakan pilihan parti Islam itu sendiri kerana enggan menyertai Pakatan Harapan, kata Amanah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa