Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, January 27, 2017

Kenyataan Media Mahfuz: Isu Mahathir dan BMF

Kenyataan Media

*ISU TUN MAHATHIR DAN BMF: PAKATAN SULIT UMNO-CIA UNTUK KEKALKAN UMNO NAJIB BERKUASA?*.

1. Politik Umno Najib makin menggila apabila ternyata gagal pertahankan diri atas pelbagai kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan.

Dari isu *_skandal besar negara 1MDB,Tabung Haji,Felda dan kedaulatan negara tergadai hinggalah kepada isu yang menyentuh beban kos sara hidup rakyat seperti GST,kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga barang_*.

Bagi menutup kegagalan dan kelemahan kerajaan ini maka dinyanyikan kepada rakyat isu kononnya Tun Dr Mahathir terlibat dalam isu BMF dengan media milik Umno pun mendedahkan kononnya maklumat dokumen CIA mendapati Tun M terlibat.Demikianlah laporan 'tiga suku' oleh berita *_TV3 yang makin teruk sawan gila seperti dirasuk hantu_*.

2. Tidak mungkin rakyat nak pertahankan Tun Dr Mahathir jika benar beliau dikatakan terlibat tetapi perlu diingat bahawa *_hari ini yang berkuasa di Malaysia ialah Najib_*.

 *_"Bagi saya tidak sukar untuk Najib dan pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir bagi mengheretnya ke muka pengadilan_* dan rakyat yakin beliau sendiri tidak takut dan gentar untuk ditangkap dan diheret ke mahkamah.

Persoalan kini yang berlegar di minda rakyat ialah kenapa segala dakwaan dan tuduhan pada Tun Dr Mahathir hanya berlegar di *_'mahkamah media' sahaja_*".

3. Apakah ini satu *_konspirasi politik jahat antara Umno dan CIA untuk mengekalkan Umno Najib terus berkuasa selepas PRU14_* walaupun 'belemoih' dengan berbagai skandal besar khususnya 1MDB.

Adakah CIA mahukan Malaysia diperintah oleh Umno dan PM 'klaptokrat'.

Adakah ini menunjukan yang Najib dan Umno akan menjadi *_pencacai Amerika dan 'budak suruhan' Donald Trump_* Presiden Amerika yang baru atau sekadar mahu mengalihkan isu skandal 1MDB,Tabung Haji (TH),Felda dan kedaulatan negara yang sedang tergadai oleh pemerintahan Umno Najib dengan isu BMF.

4. Umno Najib dan TV3 semakin nazak mengidap penyakit 'sawan gila dirasuk hantu' . *_Penyakit 'sawan gila' ini sangat merbahaya kepada rakyat Malaysia_* andai berterusan mengekalkan kuasa politik Umno Najib,ini kerana malapetaka buruk pada rakyat dan negara sedang  menanti. *_Rakyat mesti berani bangkit menolak Umno Najib pada PRU 14_* nanti bagi menyekat wabak penyakit 'sawan gila'  Umno Najib dan TV3.

#BmfPakatanUmnoCIA
#SiapaMO1
#SemarakanPerpaduanSelamatkan Malaysia.
#BangkitTolakUmnoBn
#TolakUmnoBnTolakNajib

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3.30pm Taman AlWalid Alor Setar
26 Jan 2017/26 Rabiulakhir 1438h

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa