Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, January 20, 2017

Timbul tandatanya: Kenapa isu ini timbul setelah Bahri letak jawatan dengan sebab tertentu?

Ada tukang pacu ke?

Biras tuduh Bahri salah guna kuasa semasa dalam SPRM
Alyaa Azhar    Hari ini, 6:16 petang
Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin dituduh melakukan salah guna kuasa dalam perihal perebutan harta keluarga.

Walau bagaimanapun, sumber yang rapat dengan bekas pengarah bahagian operasi khas menafikan dakwaan tersebut.

"Bahri telah dinasihatkan peguam untuk tidak membuat kenyataan media buat masa ini kerana ia boleh menjejaskan prosiding mahkamah sekiranya beliau memfailkan saman fitnah," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hari ini bahawa laporan polis mengenai perkara ini telah dibuat di Kelantan dan siasatan berkenaan aduan itu telah selesai.

"Kami telah serahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Semasa sidang akhbar di Subang Jaya pagi ini, biras Bahri, Noraihan Che Ali mendakwa, semasa Bahri masih pengarah bahagian operasi khas, beliau mengarahkan satu pasukan dari bahagiannya untuk menggeledah rumah di Kota Baru pada Januari tahun lepas.

Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist) itu mendakwa dokumen yang berkaitan dengan kolejnya dan perniagaan lain telah dirampas.

Noraihan menambah, para pegawai memberitahunya bahawa mereka 'menjalankan tugas dan mengikut arahan dari bos".

"Saya tanya siapa bos mereka, Bahri kah? Mereka kata mereka hanya ikut arahan, sebab itu saya syak dia.

Paksa tandatangani surat

Menurut Noraihan, arwah suaminya Muhamad Zamly Abdullah yang merupakan pemilik Kist dan abang kepada isteri Bahri, Noor Haslina Abdullah telah meninggal dunia pada bulan September 2015 dengan meninggalkan aset bernilai RM100 juta dan hutang RM85 juta.

Ekoran itu, beliau mendakwa pertikaian meletus antara adik beradiknya, Noraihan dan anak lelaki pasangan itu yang berusia sembilan tahun.

"Mereka cuba paksa saya untuk tandatangani 'surat penolakan harta' dan juga cuba dapatkan cap jari anak saya," dakwa beliau.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa