Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 22, 2017

“Ada tok lebai nak tawan Selangor, kawasan sendiri pun kalah tersungkur”

Azmin sindir 'tok lebai' yang kalah tersungkur
mk - 21 Mac 2017, 11:00 malam
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyindir seorang 'tok lebai' misteri.

Tanpa menamakan secara langsung individu itu, Azmin turut mempersendakan kekuatannya yang bercita-cita hendak menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor.

“Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” tulis Azmin ringkas.

Tulisan itu dibuat kebetulan selepas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya bersetuju untuk PKR menerajui Selangor selepas pilihan raya umum ke-13 tetapi ia tidak akan sentiasa kekal.

Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.

Nik Abduh sebelum ini kalah teruk pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Anak ikon PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin dengan 207 undi.

Dr Izani sekali gus mempertahankan jawatannya sebagai timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa.

Nik Abduh bagaimanapun menjelaskan beliau bertanding hanya 'sekadar suka-suka' kerana jawatan yang sedia ada (ketua Pemuda) pun sudah membebankan.

Malaysiakini sudah cuba mendapatkan penjelasan Azmin berkaitan identiti sebenar pihak yang dimaksudkannya itu.

4 comments:

  1. Enter your comment...toya dia...sama mcm presiden nya...masuk bertanding pilihanraya untuk kalah...
    anak buah bertanding kawasan hanya suka suka

    ReplyDelete
  2. Kah Kah Kah........ Takut tersungkur letew! Jom kita bertanding tiga perjuru! Kita lawan secara anak jantan!

    ReplyDelete
  3. Ramai lg tok lebai yg akan jatuh tersungkur pd PRU akan dtg!

    ReplyDelete
  4. masa pas sibuk bercerita nak rampas selangor tak fikir ke perasaan pkr perasaan kerajaan selangor. bila mb selangor twit sekali tahu pula kecik hati. hampas

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa