Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 15, 2017

Angkara gila yang menyambar nyawa

Lelaki Maut Dirempuh Remaja Pandu Lawan Arus
Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 5:41 PM

BUTTERWORTH: Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi Selasa.

Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Insiden itu turut dirakamkan oleh pemandu dari laluan bertentangan dan disiarkan dalam laman perkongsian YouTube di bawah akaun Penang Kini. - sumber

1 comment:

  1. Kejadian mcm ni dah banyak berlaku di singapura. Skrg dah mula berjangkit ke malaysia. Polis mesti ambil tindakan tegas supaya ia tidak cepat merebak. Klu di saudi remaja ini dah kena hukuman pancung!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa