Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 15, 2017

Duit punya pasal, mata jadi kelabu. Apa akan jadi belakang kira!

Bekas Pengarah MITI Kelantan direman
Astro Awani |  Mac 15, 2017 19:03 MYT
Bekas Pengarah MITI Kelantan direman
Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kelantan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan nilai RM600,000.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kelantan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan nilai RM600,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Norida Mohd Husin bermula hari ini hingga 21 Mac 2017.

Suspek berusia 35 tahun ditahan di pejabatnya di Putrajaya tengah hari Selasa.

Siasatan awal berjaya mengesan wang berjumlah RM190,000 dalam akaun bank milik suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.

Kaitan rasuah: 

10 pegawai imigresen ditahan ambil rasuah lindungi PATI
Astro Awani |  Mac 15, 2017 18:44 MYT
10 pegawai imigresen ditahan ambil rasuah lindungi PATI
Kesemua suspek ditahan akan didakwa di Mahkamah Kuching esok - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 10 pegawai Imigresen Sarawak atas dakwaan rasuah untuk mengelakkan tindakan diambil ke atas warga asing tanpa dokumen perjalanan (PATI) dan permit kerja yang sah di Sarawak.

Dalam operasi yang dilancarkan sejak semalam, enam daripada yang ditahan ialah pegawai wanita.

Kesemua suspek ditangkap di beberapa lokasi yang berlainan termasuk Pejabat Imigresen Sarawak, Lapangan Terbang Kuching, Pejabat Imigresen Pending dan Pusat Tahanan Depot Semuja, Serian antara jam 1.30pm dan 4.30pm.

Pengarah Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan-tangkapan tersebut dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan ditahan berhubung kes tersebut.
Tambah beliau, suspek yang berusia antara 33 dan 53 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kuching untuk direman pada Khamis.

“Kemasukan pekerja asing secara haram itu bukan sahaja boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negeri ini,” ujarnya lagi.

Dalam siri tangkapan di negeri Bumi Kenyalang sejak bulan lalu, beberapa pegawai polis, pengusaha syarikat dan warga asing tanpa izin dicekup. 

Difahamkan, penguatkuasa yang diamanahkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sebaliknya telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka dengan mengutip wang rasuah bagi melindungi pendatang-pendatang tanpa izin.

Kesemua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM5,000 bagi melindungi pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit perkerjaan yang sah.

SPRM juga telah merampas wang tunai kira-kira RM10,000 daripada salah seorang suspek yang ditahan.

Tangkapan tersebut susulan daripada beberapa operasi yang dilancarkan SPRM di Sarawak sejak bulan lalu.  

Dalam siri tangkapan di negeri Bumi Kenyalang itu, antara yang ditahan termasuk pegawai polis, pengusaha syarikat dan warga asing tanpa izin dicekup. 

Pautan:  Rasuah: Ketua Balai Bomba Langkawi dipenjara 40 bulan, denda RM60,000

1 comment:

  1. Islam tak ajar rasuah tu haram dan berdosa ka? Lebai2, mufti2 dan ustaz2 dok ajaq apa, menjerit2 di surau2 dan masjid2.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa