Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 12, 2017

Gara-gara tak jaga mulut

Nur Jazlan akan hilang undi, kata keluarga mangsa tragedi basikal
12 Mac 2017 | AMNI JAGAT
Ibu bapa remaja yang maut dalam tragedi basikal Februari lalu Zulkifli Sarkam dan isterinya Fatimah Nasir bersama anak anak ketika ditemui di rumahnya di Taman Sinaran Kempas baru baru ini

Tindakan ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan ibu bapa mangsa remaja tragedi basikal Februari mendatangkan reaksi yang kurang senang pada tanggapan umum.
Bapa Allahyarham Azrie Danish Zulkefli SarkamBapa Allahyarham Azrie Danish Zulkefli SarkamZulkefli Sarkam, bapa kepada Mohamad Azrie Danish Zulkifli, 14 salah seorang daripada lapan mangsa yang maut ketika ditemui, meluahkan rasa kurang senang dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Nur Jazlan.
Beliau menyifatkan kenyataan itu Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Menurutnya lagi, tuduhan seolah-olah menyalahkan pihak ibu bapa semata-mata adalah suatu kenyataan yang tidak munasabah tanpa Nur Jazlan sendiri turun padang bagi melihat situasi atau keadaan di penempatan mereka.
"Saya kecewa dengan kenyataan Datuk Nur Jazlan yang kata kesalahan sehingga berlakunya tragedi basikal ini adalah disebabkan kelalaian ibu bapa semata-mata dan ini suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Dia (Nur Jazlan) hanya tengok dari atas lepas tu menuduh salahkan ibu bapa tanpa dia turun padang melihat sendiri keadaan di sini bagaimana remaja menjalani kehidupan seharian mereka dengan suasana yang terhad dan padat," kata Zulkefli yang ditemui di rumahnya di Taman Sinaran Kempas.
Nur Jazlan pada hari kemalangan maut tersebut berkata, peristiwa itu “menyedihkan tetapi tidak tragik”.
Nur Jazlan berkata remaja seperti itu tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu, untuk berlumba.
Katanya, perlumbaan seperti itu berlaku sejak lebih 10 tahun lalu dan polis mengambil tindakan secara berkala.
Beliau menyifatkan remaja yang terlibat sebagai bermasalah dan mencadangkan kerajaan negeri mengenakan perintah berkurung.
Dalam pada itu, isteri Zulkefli, Fatimah Nasir dengan nada sebak menyuarakan rasa hati yang kecewa serta dengan tegas memberi gambaran bahawa Nur Jazlan akan hilang undi di kawasan Parlimen Pulai dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Menurut Fatimah lagi, peristiwa yang berlaku terhadap anaknya adalah luar dari jangkaan ini kerana arwah memang remaja yang aktif bersukan dan pada hari kejadian arwah tidak membawa telefon bimbitnya membuatkan Fatimah bersengkang mata menanti anaknya yang tidak pulang ke rumah sehingga jam 4 pagi.
"Nur Jazlan tak sedar ke yang undi pada dia sebelum ini kebanyakan datang dari kawasan ni dan apakah dia tak takut jika dia akan hilang undi terutamanya di kalangan orang melayu di Pulai pada pilihan raya nanti.
"Jangan tuduh sebarangan, anak saya malam tu tak bawa telefon dia saya nak telefon siapa sebab saya tak ada nombor telefon kawan-kawan dia dan telefon arwah pula 'lock' macam mana saya nak buka dan sampai pukul 4 pagi saya tunggu barulah saya dapat berita arwah kemalangan," ujarnya.
Dalam tinjauan yang dilakukan, rumah yang didiami oleh keluarganya memang agak sempit serta tidak kondusif kerana ia hanya mempunyai dua bilik tidur saja.
Fatimah berharap keadaan seperti penempatan transit Taman Sinaran Kempas ini diberi perhatian terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada ibu bapa dan beliau berharap wakil rakyat dapat memberi perhatian yang menyeluruh tentang masalah di kawasan ini.

3 comments:

  1. .
    .
    mat jazlan baruahkan dirinya. Siapa

    kata berbasikal waktu malam tuh jadi

    satu kesalahan .

    sudah sudahlah mat lan, kalu nak

    pangkat, nak jadi mb pun mb pun, control

    dirimu sikit!

    Mat politiko melayu udahlah bangsat dari

    perangai, lebih teruk lagi belagak bagaikan

    katak bawah tempurung besar!

    Tengok saje senario di Marina Bay Sands!

    betapa meriah!
    betapa gah!
    Mat jazlan belacan tak pernah ke singapura ke?

    Otai, tua muda kanak berbasika sampai ke pagi.
    Mat bahalol bangsa Johor nak bikin undang undang

    baru- tak leh basikal malam!

    Apo kono anak bangsa Johor?#

    dah kalut, melalut , jangan bikin malu bangsa

    melayu dah...

    .
    .
    .

    ReplyDelete
  2. Melayubmemang japrak..peminpin melayu macam Jazlan macam berok...Cina yg langgar dari belakang tak dalah ke...pukimak menteti babi..

    ReplyDelete
  3. Mat jazlan berkepala bu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa