Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, March 7, 2017

Hah....tudia habuan bagi pengkhianat

Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh
27 FEBRUARI 2017
Kesemua pegawai terbabit dihukum dengan tembakan meriam anti-pesawat.

PYONGYANG - KOREA UTARA. Seramai lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh setelah berlakunya kes pembunuhan Kim Jong-nam, di KLIA2, 13 Februari lalu, lapor Reuter.

Kesemua pegawai terbabit dihukum dengan tembakan meriam anti-pesawat kerana didakwa bersalah memberikan maklumat palsu kepada kerajaan.

Inilah hukuman mati dijatuhkan buat pertama kali ke atas pegawai tentera Korea Utara selepas kematian Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un.

Bagaimanapun, menurut laporan, tidak dipastikan apakah maklumat palsu itu berkaitan dengan kematian Jong-nam atau tidak.

Pada masa yang sama, Menteri Keselamatan Negara Korea Utara, Kim Won Hong turut menerima hukuman apabila dikurung atas kesalahan yang sama, iaitu menyalurkan berita palsu kepada pihak kerajaan.

Pada awal bulan lalu, Wong Hong dipecat kerana bersabit kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan melanggari hak asasi manusia.

Sejak Jong-un dilantik menjadi presiden pada tahun 2011, sekurang-kurangnya 340 pegawai tentera dan kakitangan kerajaan telah menerima hukuman mati.

Atas arahan Jong-un, salah satu bentuk hukuman mati yang dikenakan terhadap pesalah adalah menggunakan meriam anti pesawat sehingga menyebabkan seluruh badan pesalah berkecai sepenuhnya.

Difahamkan, ketika menerima hukuman, semua pesalah hanya diletakkan pada jarak 100 kaki daripada meriam berkenaan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa