Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 15, 2017

Mahathir percaya Nazri berani

'Saya Percaya Nazri Berani' - Tun M
Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 5:22 PM
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my
Datuk Seri Nazri Aziz (kiri) dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir setuju untuk berdebat dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan berharap menteri berkenaan 'berani' muncul pada hari yang ditetapkan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, walaupun terdapat sedikit perubahan dibuat di mana format debat ditukar kepada format wacana, beliau tetap akan menghadirkan diri.

"'Setakat ini yang kita tahu tak batal, 'confirm', sebelah kita saja...sebelah sana kita tak tahulah.

"Saya percaya Nazri dia berani, dia akan pergi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM di sini, Selasa.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima kehadiran Nazri dalam program tersebut walaupun atas kapasiti 'persendirian' dan tidak mewakili kerajaan.

"Tapi dia (Nazri) datang bukan atas tanggungjawab kerajaanlah sebab kerajaan dah tolak awal-awal kata ia 'personal'. 'Personal' pun tak apa kita terima semua," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun berharap agar mereka yang hadir ke program tersebut supaya tidak melakukan kekecohan sebaliknya mendengar apa yang disuarakan oleh beliau dan Nazri.

"Harap mereka yang hadir akan tertib dan dengar apa yang disuarakan, nak tanya soalan pun boleh juga," katanya.

Wacana yang melibatkan Dr Mahathir dan Nazri ini dijangka akan membincangkan isu 1MDB dan beberapa isu lain dan bakal berlangsung pada 25 Mac ini di Padang Rengas, Perak.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa