Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, March 7, 2017

Malaysia-Korea Utara: Pertelingkahan menjadi bertambah serius?

Polis kawal bangunan kedutaan Korea Utara
Astro Awani |  Mac 07, 2017 13:20 MYT
Polis kawal bangunan kedutaan Korea Utara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, sekatan itu bersifat sementara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pegawai Kedutaan Korea Utara telah dilarang meninggalkan bangunan pejabat itu di Bukit Damansara, lapor portal Mstar.

Pegawai polis dilihat mengawal dan menyekat jalan masuk ke kedutaan dari kedua-dua arah dan memasang garisan polis di hadapan pintu pagar bangunan itu.

Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, sekatan itu bersifat sementara untuk mengenal pasti jumlah pegawai dan kakitangan kedutaan secara fizikal walaupun kementerian mempunyai rekod mengenai diri mereka di sini.
"Sekatan ini hanya sementara untuk mengenal pasti mereka secara fizikal.

"Pegawai dan staf kita di Korea Utara juga telah disekat untuk keluar dari kedutaan," katanya.

BACA: Pyongyang halang rakyat Malaysia tinggalkan Korea Utara

B
ACA: Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilarang tinggalkan Malaysia - TPM

B
ACA: 
Rakyat Malaysia di Korea Utara selamat - Reezal Merican

1 comment:

  1. Permainan mat monggol untuk mengalih perhatian. Macam cerita kat sabah (sulu) hari tu. Jelas najob tak mementingkan nyawa rakyat.....asalkan kekal berkuasa!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa