Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, March 12, 2017

Objektif agama: PAS jahil?

PAS jahil tentang objektif agama

March 12, 2017
Apakah PAS tidak berasa malu kerana majoriti pegawai yang memegang jawatan tinggi yang ditangkap SPRM atas tuduhan rasuah adalah orang Islam?
KOMEN
Kasihan Nasrudin Hassan kerana beliau amat keliru tentang tujuan atau objektif agama. Agama bukan untuk PAS beraksi di pentas seni politik.
Agama bukan untuk disandiwarakan, bukan untuk dipolitikkan, bukan untuk digunakan untuk kepentingan pemimpin agama atau politik, dan lebih-lebih lagi bukan untuk orang agama sendiri gunakannya sebagai alat politik demi kepentingan mereka.
Politik dan agama 2 perkara yang begitu berbeza. Kedua-dua ini tidak boleh dicampuradukkan seperti air dan minyak. Kedudukan agama lebih tinggi daripada kedudukan politik atau dalam bahasa Inggeris “above politics”.
Agama sesuatu yang amat mulia, tetapi politik kini sesuatu perkara kotor.
Apakah perjuangan Islam jika bukan untuk mendidik orang supaya jadi manusia yang baik, manusia yang mematuhi ajaran nabi mereka, mereka yang mencintai keamanan dan keharmonian antara kaum berbilang bangsa dan agama, atau yang tidak melanggar undang-undang negara?
Apakah PAS tidak berasa malu kerana majoriti pegawai yang memegang jawatan tinggi yang ditangkap SPRM atas tuduhan rasuah adalah orang Islam? Mengapa PAS bisu mengenai isu rasuah di negara ini yang sudah jadikan Malaysia masyhur?
Apakah PAS tidak berasa malu kerana disiplin di sekolah agama bukan sesuatu yang membanggakan. Beberapa kes disiplin serius berlaku di sekolah ini, termasuk kematian budak yang tidak berdosa? Tolong jangan katakan “itu takdir”.
Apakah PAS tidak berasa malu disiplin kanak-kanak sekolah kebangsaan juga lebih teruk berbanding sekolah lain?
Apa maksud penegahan agama jika ajaran agama dari keci-kecil lagi tidak berjaya melahirkan orang yang mengamalkan nilai murni agama semasa sudah dewasa?
Apakah PAS sedar negara yang paling banyak mengamalkan nilai keislaman bukan suatu negara Islam, biarpun ada undang-undang hudud, tetapi negara bukan Islam, iaitu Ireland, negara Katolik.
Selaku orang agama, pemimpin PAS harus mematuhi ajaran agama iaitu sebarang pemimpin, sama ada pemimpin negara atau pemimpin agama, mesti ditegur jika tidak menjalankan tugas dengan baik dan jujur.
Maka PAS harus mengkaji mengapa sebuah negeri bukan Islam, iaitu Ireland, lebih Islam berbanding negeri Islam.
PAS harus kaji mengapa pengajaran agama di sekolah selama berpuluh-puluh tahun gagal melahirkan orang dewasa yang mengamalkan nilai agama dan mengambil tindakan untuk menegakkan ajaran agama di sekolah supaya tercapai objektif agama.
Pendidik agama tidak harus beraksi seni politik.
* Ravinder Singh ialah pembaca FMT.

* Mereka akan respon dengan berkata "Buat apa nak ambil pot, penulis ni bukannya tahu Islam kerana dia sendiri bukan Islam pun!

2 comments:

  1. Aku bukan walaun...aku pernah sokong pas...skarang aku takkan sokong pigs yang dah jauh tersasar dari zaman TGNA...

    Tapi hujah penulis banyak yang menyasar...dia bukan islam...dia tak tahu, islam merangkumi semua...dari bangun tidur, sampai tidur semula...dari kesihatan, ekonomi, pendidikan hatta politik semua termasuk dalam islam...yang membuat politik kotor adalah orang politik itu sendiri...

    Memang pas versi pigs ni gagalis, tapi kalau diikutkan konteks sebenar, penulis sebenarnya membantai islam, bukan lah pas...dasar pendidikan juga bukan dikawal pas sebenarnya...subjek pendidikan islam di sekolah bukanlah subjek yang diberi penekanan dan keutamaan...tak lulus pon tidak memberi masalah pada keputusan keseluruhan...berbeza dengan bahasa melayu, bahasa inggeris, sains, matematik dan terbarunya sejarah...

    Saya hanya setuju tentang ahli politik pas yang menikus tentang rasuah dan tidak boleh ditegur...selain itu saya tidak rasa penulis membantai pas...saya yakin, penulis membantai islam...cuba tanya pada penulis sendiri, tidak adakah perogol, pembunuh, penyamun, perasuah, penipu dari penganut sikh?

    ReplyDelete
  2. Manalah pemimpin PAS tahu malu....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa