Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 9, 2017

Saling salah menyalah pulak?

Skandal air Sabah: Shafie salahkan Kementerian Kewangan
Alyaa Azhar   Hari ini, 2:09 tengahari
PARLIMEN : Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal menolak tanggungjawab proses pemberian tender berhubung dengan skandal air Sabah kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Katanya di Dewan Rakyat hari, selepas skandal itu didedahkan akhir tahun lalu, terdapat khabar angin yang cuba mengaitkannya dengan kes itu.

Walau bagaimanapun, Shafie berkata, hanya Kementerian Kewangan boleh membuat keputusan dalam proses pemberian tiga tender - terbuka, selektif dan langsung.

"Proses tender dibuat dan diwakili oleh Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kewangan.

"Tidak ada satu kementerian yang boleh menganugerahkan tender tanpa kelulusan Kementerian Kewangan," kata Shafie.

Menteri Kewangan adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kes yang membabitkan rampasan wang tunai terbesar oleh SPRM setakat ini, bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan dua yang lain didakwa dalam kes pengubahan wang haram membabitkan ratusan juta ringgit.

Pada 29 Disember tahun lalu, bekas pengarah itu, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.

Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas, manakala Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya, menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman sehingga lima tahun penjara atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit pertuduhan.

Kalau nak baca'Sabah negeri kleptokratik, paling miskin'

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa