Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 9, 2015

Anwar tidak akan diampun?

Tajuk itu hanyalah telahan aku saja
Berdasarkan titah baginda YDP Agong ini........
Pada aku ianya ada mesej yang tersirat dan kontradik dengan kepercayaan pengikut dan keluarga Anwar

Sistem kehakiman negara bebas – Agong

KUALA LUMPUR, 9 Mac:

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menitahkan rakyat supaya menyakini sistem kehakiman di negara ini.

Baginda bertitah, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, rakyat perlu sentiasa berpegang kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

“Beta menyeru agar semua pihak faham bahawa sistem pemisahan kuasa di antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman telah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

“Percayalah, tidak ada yang lebih baik daripada bumi bertuah ini.

“Oleh itu, sayangi tanah tumpah darah ini, hormati dan berbaik sangkalah antara kita, demi keharmonian dan kesejahteraan bersama,” titah baginda.

Ribuan penyokong pembangkang pada Sabtu lalu berhimpun di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo sebelum berarak ke KLCC sebagai protes hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.

Penyelaras #March2Freedom, Nurul Nuha Anwar berkata, mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi keluarganya yakin Anwar tidak bersalah.

Rentetan daripada itu, keluarga Anwar diketuai isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah dan Nuha telah memohon pengampunan diraja untuk Anwar.

“Kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana ayahanda kami tidak bersalah.

“Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan,” kata Nuha. - sumber

4 comments:

  1. lawan je la agung..sebab dah jelas agung menderhaka kat nuar dan penyokongnye kalu dia x ampun nuar..
    gi istana wat demo..kita x boleh angkat agung yg menderhaka ni..
    siapa saja yg menyalahi parti kita bermakna dia salah..yg ni semua penyokong parti ape2 pun sangat paham..
    yg paling paham ialah pas kot hehe..sebab dia lg advance..siap boleh hukum halal haram syurga neraka dalam politik ni utk manusia2..
    padahal politik demokrasi je kot hehe
    umno kawan ngan mca haram ..dia kawan ngan dap harus..umno x nak hudud..haram..
    pkr x nak hudud juga tapi harus..dap beratus kali ganda lagi x nak hudud dari umno dan pkr..tapi harussss haha..
    nuar dlm.keadaan susah dan memerlukan masuk jel kena gigit nyamuk tggl anak bini sedih2 kat umah,time ni la ada peluang pas anjur wat solat hajat doa baik2 x mau plak dia anjur..bila doa k.o laju dia anjur...
    haha...politik politik..
    k la pendek cite lawan je la agung tu..agung tu dah nyata menderhaka kat nuar kalu dia.x ampun nuar..
    hehe

    ReplyDelete
  2. Disebabkan salah membuat keputusan, terdapat bekas YDPA yg menanggung azab derita yg lama sebelum mangkat.

    ReplyDelete
  3. Yang pasti teks titah ucapan YDPA disediakan oleh JPM. Tentulah yang molek-molek saja dikatakan tentang bumi bertuah ini kan..

    ReplyDelete
  4. Agung xde kuasa. Yg paling berkuasa ialah PM. Raja dh x kebal mcm dulu. Kena tarik dgn Madey Mamak Tongkang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa