Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 27, 2009

Bukan Anggota Parti

Penafian bukan penyelesaian, bukan jawapan kepada persoalan, bukan juga menghapus keraguan. PAS mesti jalankan penyiasatan rapi dan kenal pasti siapa dalang, siapa petualang, siapa yang menjadi Iblis (Penghasut). Siapa pula yang menangguk di air keruh, siapa pula yang akan dapat Kelinya.

Bila dah siasat, dedahkan hasilnya. Jangan biarkan Ahli, Penyokong dan pengundi tertanya-tanya, melopong macam Kera Dungu. Harap jangan jadikan kes ini semacam kes siasatan PAS Selangor. Lain yang dituduh, lain pula yang di siasat dan sudah tentu tindakan juga akan berlainan dari jangkaan. Percayalah Rakyat sudah jemu dengan dolak-dalik Para Pemimpin yang kadang-kadang merapu dan kadang-kadang menyapu.

Kenyataan di bawah dipetik dari mStar Online

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut. -BERNAMA

10 comments:

  1. kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kepala bana apa UMNO ddesperate sangat nih, dah gila bayang ka apa?
    kepana salahuddin yang terpaksa ke depan? mana pergi ketua penerangan yang maha lembab? apa? pesuruhjaya pas selangor yang memegang kad keahlian seumur hidup UMNO? tak, tak perlu, dia sudah lari


    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . . .


    kesian PAS , dikata terlalu bodoh nanti marah, penyokong anwar, tidak wala', hasang ai hasang ali


    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat,

    KALAU TENGOK GAMBAR MEREKA BERDEMO, MEREKA INI BUKAN AHLI PAS. KITA BIASA MASA DEMO. ORANG PAS BUKAN BUAT DEMO CARA ITU. ORANG PAS TAK PAKAI SUMMER CAP TERBALIK KE BELAKANG.ORANG PAS JARANG TAK TUTUP KEPALA, DIKHUATIRI SYAITAN MEMIJAK KEPADA KITA. ORANG UMNO DIA TAK AMBIL KISAH BAB ITU. TADBIR

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahanda,

    Permainan politik siapa? dan dalangnya masih tak pasti.

    Yang pastinya, saya ada pergi kesana, tapi terlambat. Hanya sempat ambil risalah yang diedarkan.

    Ada saya pastekan dalam blog, adakah risalah itu datangnya dari PAS. Mustahil bagi saya kerana cover risalah itu adalah gambar mufti Perak.

    Malahan pemuda2 yang ada di situ, tiada lansung muka2 yang mencirikan sebagai ahli/penyokong PAS.

    Sebab itu saya teramat YAKIN ini semua permainan umno laknat. Salah satu perang saraf mereka hendak menghuru-harakan PR.

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Ahli dan Penyokong PAS sepatut berfikir dengan tidak "Wala" membabi buta. Gunakan ruangan untuk menegur mana yang patut dengan berhikmah.

    Satu soalan, Apakah tajuk Drama ini?

    Siapakah di belakang mereka?

    Apa pun bagi saya ianya satu tindakan bodoh. Kebodohan ketara bagi yang merancang, dan bengap Keldai bagi yang ikut suruhan.

    ReplyDelete
  5. Demo tu semacam tidak bersungguh untuk menunjukkan ahli PAS yg terlibat.

    1. Mereka tidak berpakaian seperti warga PAS
    2. Sepanduk-sepanduk tidak seperti sepanduk cara PAS
    3. Gaya pertuturan tidak mencerminkan orang PAS
    4. Cuma seorang saja mengatakan ahli PAS Gombak tetapi tidak menyatakan no ahli supaya orang percaya

    Saya rasa demo ini bukan bertujuan hendak menipu sesiapa, tetapi sengaja hendak mewujudkan isu PAS tunduk pada DAP.

    Semua tanda-tanda menunjukkan seperti UMNO yg menjadi dalangnya tetapi yang hairannya kenapa Hassan Ali tidak ada di situ untuk membuat kenyataan menafikan dari pihak PAS? SMS berkenaan demo ini sudah disebarkan sejak 2-3 hari lalu, cukup masa untuk Hassan Ali membuat persediaan.

    ir Anon

    ReplyDelete
  6. W'salam sdr. Ayid

    Dari apa yang saya lihat dari photo, saya pun berpendapat sama dengan saudara.

    Nak tiru tapi tak serupa. Siapa mereka agaknya?

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda Isa

    Apa pulak kena mengena perkara ini dengan Muftaik Perak itu?

    Perkara ini dianjurkan di Selangor kenapa tidak diletakkan saja gambar Mufti Selangor atau Sultan Selangor?

    Memang yang merancang dan pelakun belakang tabir ini otak sudah cair kena jangkitan virus hasad.

    ReplyDelete
  8. ir Anon.

    Saya tidak berada di sana. Tapi dari apa yang dimaklumkan teman bloggers dari sana memang benar sebagaimana saudara katakan.

    Memang sepatutnya Hassan Ali perlu memperjelaskan/menafikan perkara itu sebelum berlaku untuk elak dari palitan dan tuduhan. Kenapa Hassan Ali membisu sebelum demo?

    Saya bukan tuduh Hassan Ali tetapi itulah soalan yang beligar di otak ini.

    ReplyDelete
  9. Takda sapa nak cari pasal masa ni.. Bukan ker PR & PAS tgh 'mencari' jalan penyelesaian terbaik untuk PR? Buat apa cari masalah berdemo cam tu, yg bukan saja memalukan PAS S'ngor tapi PAS keseluruhan & tentunya akan ganggu keharmonian PR. Jadi, demi tu mesti ada puak lain saja-2 nak tunjuk bagus.Walaupun mmg ada puak dlm PAS tak suka DAP tapi apa ker gila punya percaturan buat demo camtu?

    Logik ker orang-2 puak Khalid Samad buat demo? Tak mungkin. Puak Hasan Ali buat demo? Boleh jadi jugak.. sbb PAS S'ngor nak tunjuk kuat & jaguh, & lebih 'Islam' dlm hal larangan jual arak di kawasan majoriti Islam. Macam ler PAS boleh perintah S'ngor tanpa 'pertolongan' kawan PR yg lain? Dulu DAP boleh sanggup jadi 2nd fidder dlm K'jaan PR Perak, wlaupun DAP menang byk kwsn DUN. DAP tak ikhlas? UMNO ikhlas? Ho ho ho

    Mungkin demo tu puak PAS S'ngor yg sokong idea UG peringkat nasional. Diorang rasa idea tu bagus. Kenapa nak terhegeh-hegeh nak berkawan dgn UMNO yg dulu, kini *(& selamanya) pekena PAS? Mungkin ada puak tertentu dlm PAS S'ngor nampak idea UG dgn UMNO untuk sama-sama 'pegang' S'ngor menguntungkan & mengenyangkan perut diorang.

    Kalau UMNO buat demo tu?...Hehehe...kita senyum & gelak sajalah...demo camtu boleh jadi ada sponsor. Puak UMNO mana reti demo kalau kita ajak 'kosong' saja, mesti nak kena ada upah/duit sponsor. Jadi, aku tak heran demo camtu melainkan diorang demo pijak 'botol arak' ganti kepala lembu...hehe

    ReplyDelete
  10. Hanz

    Betul tu. Dalam keadaan separuh gawat takkanlah ada yang nak merobohkan rumah. Paling tidak PAS kena sedar di mana letak duduknya diri. Tak payah besar kepala, naik tocang! PAS tidak boleh berdiri sendiri salain di Kelantan.

    Puak UG, mereka tidak kenal sepenuhnya kawan dan lawan. Tahun Dharurat politik di Kelantan mereka mungkin masih budak dan mungkin juga masih mentah. Itu adalah satu peristiwa pahit bagi PAS setelah tunduk pada logik Perikatan untuk bersatu di bawah BN. Akhirnya PAS ditendang keluar dan pada pilihan raya tahun berikutnya PAS hanya tinggal batu nesan (menang 2 kerusi DUN sahaja)

    Pada saya mereka yang berdemo itu adalah manusia uapahan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa