Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 18, 2009

Tunggu Hari Ahad

"Tok Ayah bersembang dengan siapa malam tadi?" Terpacul satu soalan dari mulut saya ketika kami bersarapan pagi bersama-sama anggota ekspedisi yang lain. "Oh.. malam tadi Penghulu di tempat ini datang ziarah bila dia dapati ada tamu yang berkhemah di sini" Jawab Tok Ayah. "Tok Ayah kenalkah dia?" Saya lanjutkan soalan ingin tahu. "Memang Tok Ayah kenal dia, kami jumpa semasa Tok Ayah "bersuluk" di satu bukit di daerah ini. Masa itu dia datang ziarah juga" Tok Ayah memang bersahabat dengan "Penghulu" itu. Penghulu yang dimaksudkan ialah Ketua Orang Ghaib di kawasan itu.

Manusia yang kami panggil Tok Ayah yang saya tahu ialah Cucu kepada Arwah "Tok Selehor". Salah seorang Ulamak tersohor di Kelantan satu ketika dulu. Walau pun kami agak rapat ketika itu, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu namanya yang sebenar. Tok Ayah bersama saya dan enam orang lagi anggota ekspedisi adalah bertujuan mengenal pasti kandungan Bijih Timah di kawasan itu dan kematangannya, sama ada sudah matang untuk lombong atau tidak. Kami berlapan berkhemah di satu kepala bukit, di tepi satu anak sungai yang airnya cukup jernih dan sejuk. Malam tadi memang cukup sejuk. Itu menandakan di dalam perut bumi di situ ada mengandungi Bijih. Sama ada Timah atau Besi dan mungkin juga Emas.

Misi Tok Ayah senang saja. Dia akan bertanya kepada Penghulu di situ dan buat sedikit kajian dengan cara mengayak bijih itu di sungai. Dari bijih yang dipungut kita boleh menilai sama ada cukup matang atau tidak.
Pagi itu anggota kami mengayak dan banyak juga bijih yang dapat. Pada penilaian Tok Ayah bijihnya masih muda. Tapi walau bagaimana pun contoh bijih itu perlu dibawa pulang dan akan diuji di Makmal untuk pengesahan.

Petang semalam kami tiba di sini pada jam 5.00 petang setelah penat mendaki dan meredah lurah dari hujung Kampung La. Dari sana kami memulakan perjalan pada jam 9.00 pagi dengan menaiki Land Rover meredah jalan balak selama 2 jam. Dari hujung jalan balak, kami berjalan kaki mendaki ke sini dengan memikul bekalan dan peralatan bersama 4 orang Porter.
Kami mendirikan khemah di sini yang merupakan satu kawasan datar berdekatan dengan anak sungai. Walau bagaimana pun Tok Ayah meminta untuk berkhemah berasingan dengan kami di tempat yang jaraknya lebih kurang 40 meter dari kami. Katanya dia terpaksa tidur berasingan kerana ada tamu yang akan mengunjunginya.

Malam itu selepas solat isyak dan makan malam, Tok Ayah minta diri untuk bersolat dan berzikir di khemahnya. Lebih kurang jam 10.30 malam kami mendengar Tok Ayah bersembang dengan rancaknya menggunakan bahasa yang tidak ada seorang pun di antara kami yang faham. Mungkin Bahasa Bunian kot? Itulah sebabnya pada pagi ini saya bertanya kepadanya dan itulah jawapannya.

Hari ini adalah hari Rabu, lebih kurang jam 10.00 pagi saya dan Tok Ayah pergi ke satu sungai lain yang lebih besar berdekatan dengan perkhemahan kami. Tiba di tepi tebing, Tok Ayah berhenti berjalan dan menunjukkan kepada saya satu pokok yang tingginya lebih kurang enam kaki dan bertanya saya. "Din kenal tak pokok ini?" Saya kata tidak. Dia kata inilah Pokok Laksmana. Katanya manusia boleh mengaibkan diri dengan menggunakan daun pokok ini. Saya tanya balik sama ada pokok ini boleh diambil atau tidak. Tok Ayah jawab sambil memandang ke langit "Hari ini hari Rabu, hari Ahad bolehlah".

Kami terus berjalan ke air. Di tengah-tengah sungai saya dapati ada terdapat satu Batu Hampar yang besar. Saya meranduk air dan naik ke atas Batu Hampar untuk melihat dan meninjau. Di tengah-tengah Batu Hampar itu saya dapati ada lekuk semacam Pasu yang mengandungi air dan di atas air di dalam "Pasu" itu ada sejambak kuntuman bunga kecil-kecil berwarna putih tetapi bila saya amati, rupanya bunga itu tidak berakar.
Saya panggil Tok Ayah. Bila Tok Ayah tengok, dia kata inilah "Bunga Canuai". Bunga ini adalah satu bahan untuk dibuat "Minyak Pengasih" oleh Orang Asli. Bila saya bertanya boleh ambil atau tidak, Tok Ayah jawab "Tunggu Hari Ahad".

Pada pagi Ahad sebelum bertolak pulang, saya dan Tok Ayah sekali lagi pergi ke sungai itu. Tapi malangnya "Pokok Laksmana" sudah tidak ada, ghaib kerana tidak ada pun kesan diambil orang. Saya panjat Batu Hampar, saya dapati "Bunga Canuai" juga tidak ada, ghaib juga. Tok Ayah hanya mengeluh sambil berkata "Tak apalah Din, Allah kata itu bukan rezeki kita!"

8 comments:

  1. asalamualikum
    ayahnda
    .. boleh di bukukan ni...


    nanti saya mailkan apa yang saya nak tahu
    thk...

    ReplyDelete
  2. Wa alaikumussalam BurtalSolo

    Memang banyak cerita dari pengalam ayahanda kalau nak dibukukan.

    Ok, ayahanda akan baca nanti dan beritahu apa yang boleh.

    ReplyDelete
  3. Wa alalikumusslam a kl citizen.

    Kehebatan manusia memang tidak seberapa, terhad.

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda ijoks

    Saja ayahanda pengalaman ayahanda bersama Cucunya Tok Selehor lanjutan dari n3 anakanda berkenaan Tok Selohor.

    ReplyDelete
  5. salam pakdin,
    terasa tingin plak nak jumpa tok ayah tu..

    ReplyDelete
  6. W'salam aku

    Pak Din pun dah lama tak jumpa dia. Khabarnya dia dah pindah ke Bukit Marak tapi Pak Din boleh cari rumahnya dengan bertanya pada orang yang tahu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa