Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 28, 2009

DAP Terima Islam?

Aik... dah terbalik kod, DAP sanggup terima tetapi Parti Melayu Bersatu yang kononnya memperjuangkan Islam menolak. Macam-macam bentuk penghinaan dipalitkan ke atas Hudud dan Hukum. Ini pun kalaulah memang berita ini benar. Tetapi bila sebut perkara itu, yang pastinya akan diungkit adalah keikhlasan. "Ikhlas atau tidak DAP nih, Mungkin helah politik kot?"

Bagi saya keikhlasan terletak di hati yang tidak siapa tahu. Paling tidak secara lisannya sudah jelas. Bagaimana yang secara lisan pun tidak setuju dan alasan penolakan pula disuarakan dalam bentuk penghinaan? Mereka tidak menentang sudah lebih dari cukup.

Kenyataan di bawah saya copy n paste dari blog Blog-list Malaysia.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.

8 comments:

  1. Umngok malu bengaku ISLAM tapi jaguh mengaku Melayu.. Budaya mereka sendiri yang telah menolak agama itu tersebut

    ReplyDelete
  2. baginda®

    Sedih juga kita bila sesama kita menolak dan menentang pelaksanaan Hukum Allah.

    ReplyDelete
  3. Saban hari berita pembuangan bayi semakin menjadi-jadi...
    Terbaru bayi dibuang di Sungai Klang..ada saya posting di blog saya.
    Hanya hukum ISLAM sahaja MANUSIA akan gentar melakukan kemungkaran..
    DENDA/Hukuman manusia...tidak memberi kesan..

    Malangnya UMNO yang paling TEGAR menolak HUKUM ISLAM dilaksanakan..

    ReplyDelete
  4. dah bertahun2 bedegar2 nak laksanakan islam,,, sudah kerr? sah hangpa ni ahli syurgaa,,, hahaha dengan DAP hangpa percaya

    ReplyDelete
  5. Salam,
    1 Kg Buah Pala dulu pun DAP sokong gak penduduk dia...
    2 Selagi tak ada black & white, jangan la Nik Aziz cepat rasa "bangga dan terharu".
    3 Jangan ulang kesilapan Pak Lah

    -atas pagar-

    ReplyDelete
  6. author faethal

    Saya pun tak faham. Mereka mengaku Islam tetapi tentang hukumnya mereka tentang!

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Neraka, Syurga bukan hak kita tentukannya. Tetapi hukum Islam adalah hak kita untuk laksanakannya. Jangan bergurau dengan Hukum Allah. Syirik jadinya nanti.

    ReplyDelete
  8. Anonymous

    Saya setuju dengan keraguan saudara. Tetapi saya kecewa bila yang mengaku Islam menentang sama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa