Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 23, 2009

Apa Pendapat Orang Yang Lebih Tahu?

Tulisan Mendiang Joe Vialls yang dikatakan anti Yahudi.

Merokok Membantu Dalam Melindungi Anda Dari Barah Paru-paru
(Smoking Helps Protect Against Lung Cancer) Copyright Joe Vialls. 16 July 2003
Dan di sini ialah sebahagian dari tikus yang telah membuktikannya!
And here are some of the mice who helped to prove it!


Setiap tahun, ribuan doktor perubatan dan lain-lain petugas ‘anti-merokok’ membelanjakan bilionan dollar menyebarkan apa yang kini telah menjadi penipuan sosial yang paling berjaya dalam sejarah. Dengan galakan oleh hampir kesemua kerajaan Barat, para pelobi ini telah memburu para perokok dengan fanatiknya yang menenggelamkan larangan pengambilan alkohol Amerika yang bermula tahun 1919 dan berakhir pada tahun 1933.

Kini kita mengimbau larangan alcohol di Amerika sebagai suatu yang menakjubkan. Adakah benar yang keseluruhan bangsa itu telah membiarkan sahaj dinafikan hak untuk menikmati segelas dua bir atau scotch oleh sekelompok kecil fanatic yang suka membuat bising? Malangnya, jawabannya ialah ya, walaupun di sebalik kekurangan bukti betapa alcohol menyebabkan bahaya kepada manusia, melainkan jika ia diguna dalam kuantiti yang begitu banyak.

Akhirnya, tahap selamat alkohol tidak pun menarik minat golongan itu yang mana penguasaan keatas orang lain adalah matlamat mereka yang sebenarnya. Rakyat Amerika telah dilihat berdosa kerana menikmati minuman alcohol, manakala kelompok agama bagi pehak Tuhan telah membuatkan mereka serba salah pula.

Walaupun tidak terdapat hubungan langsung antara alcohol dan tembakau, sejarah larangan penggunaannya di AS ini penting, kerana ia membantu kita memahami bagaimana sekelompok kecil zealots berjaya untuk menguasai perangai serta kehidupan puluhan juta rakyatnya. Kini perkara yang sama sedang terhenyak keatas perokok, walaupun kali ini ianya lebih melibatkan agnesi kerajaan dan pengamal perubatan yang berjiwa khadam bukan lagi oleh fanatik agama.

Kerajaan tertentu tahu yang gelagat lalu mereka telah bertanggungjawab secara terus sebagai penyebab kepada barah peparu dan kulit yang berlaku dalam dunia hari ini, lalu mereka memilih cara ekstrim untuk mengelak dari tanggungjawab dan tuntutan gantirugi kewangan keatas mereka, sebaliknya mengarah kepada tembakau organik yang tidak merbahaya itu. Sebagaimana yang anda akan fahami kemudian nanti pada laporan ini, tembakau organik tidak pun mendatangkan keburukan kepada sesiapa dan dalam kaedah tertentu telah didakwa menyediakan perlindungan kesihatan yang menakjubkan.

Bukan kesemua kerajaan seluruh dunia berkongsi masalah yang serupa. Jepun dan Greece mempunyai jumlah perokok dewasa yang tertinggi di dunia tetapi kejadian barah peparunya rendah sekali. Bercanggahan dengan negara Amerika, Australia, Russia dan sesetengah kepulauan Pasifik Selatan yang memiliki angka perokok dewasa yang kecil tetapi kejadian barah peparu amat luar biasa tingginya. Ini ialah klu penting dalam mendedahkan pembohongan media yang mengarut betapa “Merokok menyebabkan barah peparu”.

Pendedahan pertama orang Eropah kepada tembakau bermula pada tahun 1492, apabila Columbus dan rakannya Rodriguo de Jerez melihat anak pribumi negara Cuba menghisap asap tembakau. Pada hari yang sama, de Jerez menyedut asap tembakau buat pertama kali dan mendapati ianya sungguh menyelesakan sepertimana yang didakwa anak tempatan. Itu ialah peristiwa yang penting kerana Rodruigo de Jerez telah menjumpai apa yang telah orang Cuba dan lain-lain orang asli Amerika ketahui untuk berdekad lamanya: menghisap curut dan rokok bukan sahaja merehatkan badan malah ia juga mengubati batuk dan lain-lain penyakit ringan. Apabila ia kembali ke tanah air nya, Rodriguo de Jerez dengan bangga menghisap rokok di jalanan yang menyebabkan ia ditangkap dan dipenjarakan selama tiga tahun oleh Pehak berkuasa Sepanyol yang ketakutan. Lalu De Jerez telah menjadi mangsa pertama kepada pelobi anti-merokok.

Kurang dari sedekad kemudiannya, merokok telah menjadi habit sosial yang diterima serta dinikmati ramai khalayak seluruh Eropah, dengan ribuan tan tembakau telah diimport dari tanah jajahan bagi memenuhi permintaan yang meningkat. Ramai penulis yang memuji tembakau sebagai rawatan universal kepada penyakit kemanusiaan. Pada awal Abad ke 20 hampir seorang dari dua orang adalah perokok, akan tetapi kejadian barah paru-paru tetap rendah sehinggakan ia sukar untuk diukur parasnya. Kemudiannya sesuatu yang luar biasa telah terjadi pada 6 Jun 1945, kejadian kemusnahan menakutkan yang akhirnya telah menyebabkan kerajaan Barat mengubah tanggapan merokok untuk selama-lamanya. Sebagaimana yang diungkit K. Greisen:

“apabila cahaya yang cerah telah menghilang, saya memakai kaca mata dan melihat kearah menara secara terus. Pada ketika itu saya menyedari yang warna biru mengelilingi awan asap itu. Kemudiannya seseorang telah menjerit yang kami patut melihat gelombang kejutan yang bergerak sepanjang permukaan bumi. Apa yang dilihat ialah kawasan bulat yang begitu terang berhampiran tanah, bergerak perlahan-lahan kearah kami. Warnanya kekuningan.

“Awan asap itu begitu kukuh dan berterusan untuk tempoh yang lama begitu mengejutkan saya. Selepas letupan pertama yang pantas, bahagian bawah awan itu kelihatan membentuk dan kekal tanpa berubah bentuknya di udara. Manakala bahagian atasnya terus memuncak sehingga mencapai setinggi lima batu selepas beberapa minit. Ia secara perlahan menjadi bengkang-bengkok oleh perubahan tiupan angin pada ketinggian yang berbeza. Asap itu membelah kepulan awan pada tahap awalnya dan kelihatan tidak terusik oleh kewujudan awan.”

Ini ialah ‘Ujian Trinity’ yang jahat itu, senjata nuklear kotor yang pertama diletupkan di atmosfera. Sfera plutonium seberat 6 kilogram ditekan sehingga menjadi kritikal oleh lensa peledak, Trinity meletup di udara New Mexico dengan kekuatan 20,000 tan TNT. Dalam masa beberapa saat, bilionan debu radioaktif telah disedut masuk ke atmosfera sehingga kepada ketinggian enam batu, di mana aliran jet yang tinggi berupaya untuk menyebarkannya ke tempat yang jauh dan meluas.

Kerajaan Amerika tahu akan bahaya radiasi ini sejak awal lagi, ia juga menyedari betapa kesan maut nya keatas manusia, tetapi dengan angkuh mengarahkan ujian itu tanpa memperdulikan kesan keatas kesihatan dan kebajikan manusia. Dalam perundangan, ianya adalah sikap tidak memperduli yang menjolok mata, akan tetapi kerajaan Amerika tidak ambil kisah. Lambat laun bagaimana cara nya pun, mereka akan mencari kambing hitam bagi kesan jangka panjang yang dideritai oleh rakyat Amerika dan warga lain dalam negara mahupun dunia luar.

Sekiranya debu radioaktif yang kecil itu hinggap di atas kulit anda ketika bersantai di pantai, anda akan mendapat barah kulit. Sekiranya anda menyedut sebutir debu yang sama banyak, kematian ekoran barah paru-paru tidak boleh dielakkan, melainkan anda seorang perokok yang bertuah. Butiran debu radioaktif yang tertanam jauh dalam tisu peparu, dengan sempurnanya mengatasi simpanan terhad vitamin B17 dan menyebabkan penggandaan sel keterlaluan tanpa kawalan yang merupakan ciri kejadian barah.

Bagaimana kita boleh begitu yakin betapa debu radioaktif boleh menyebabkan barah peparu setiap kali ia terdedah secara dalamannya? Bagi Saintis sebenar, yang menyimpang dari anggota perubatan bertaraf khadam serta ahli propagandis kerajaan, ini bukanlah masalah sebenarnya. Bagi sebarang teori untuk diterima secara Saintifiknya, ianya mesti dibuktikan menurut keperluan universal yang dipersetujui oleh para saintis. Pertamanya, agen debu radioaktif akan diasingkan, kemudiannya digunakan dalam kajian makmal yang dikawal ketat bagi menghasilkan hasil seperti didakwa, iaitu barah paru-paru kepada mamalia.

Tahap risiko keseluruhan barah peparu kepada manusia dari pencemaran radioaktif keatas atmofera bukanlah suatu yang dibesar-besarkan. Sebelum Rusia, Britain dan Amerika mengharamkan ujian atmosfera pada 5 Ogos 1963, lebih dari 4,200 kilogram plutonium telah dilepaskan ke atmosfera. Kerana kita tahu yang kurang dari satu microgram (satu per sejuta gram) dari plutonium yang tersedut akan menyebakan barah peparu yang membunuh kepada manusia, lalu kita tahu yang kerajaan perihatin anda telah melepaskan 4,200,000,000 (4.2 Billion) dos membunuh ke dalam atmosfera dengan separuh hayat minimumnya ialah 50,000 tahun. Menakutkan? Malangnya ia bertambah teruk.

Jumlah Plutonium yang disebutkan di atas ujud dalam senjata sebenar nuklear sebelum letupan, akan tetapi jumlah besar debu radioaktif yang membunuh itu terbit dari tanah biasa atau pasir yang tersedut dari atas tanah dan dicemari radiasi semasa bergerak keatas melalui bebola api senjata itu. Butiran debu ini membentuk bahagian terbesar ‘asap’ yang dirakam dalam letupan nuklear atmosfera. Dalam kebanyakan kes, beberapa tan bahan itu telah disedut dan kekal dicemari radiasi, namun biarlah kita sedikit konservatif dan mendakwa hanya 1000 kilogram bahan permukaan bumi yang disedut oleh setiap ujian letupan nuklear atmosfera itu.

Sebelum diharamkan oleh Rusia, Britain dan Amerika, sejumlah 711 ujian nuklear di atmosfera telah dijalankan. Lantas menghasilkan 711,000 kilogram butiran radioaktif yang membunuh itu, yang ditambah kepada berat asal 4,200 kilogram dari senjata itu sendiri kepada jumlah kesemuanya 715,200 kilogram. Bagi setiap kilogram terdapat lebih sejuta dos butiran radioaktif, yang bermakna kerajaan anda telah mencemar atmosfera dengan lebih 715,000,000,000 (715 Billion) dos sebegitu, yang cukup untuk menyebabkan barah kulit atau peparu sebanyak 117 kali bagi setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di muka bumi ini.

Sebelum anda bertanya, jawapannya ialah tidak, butiran radioaktif itu tidak ‘menghilang’ begitu sahaja, sekurang-kurangnya tidak dalam tempoh hayat anda, anak mahupun cucu anda sendiri. Dengan tempoh separuh hayat 50,000 tahun atau lebih, butiran radioaktif yang dihasilkan kerajaan anda yang trillion banyaknya itu secara asasnya akan selamanya bersama anda. Tersebar seluruh dunia dengan aliran jet yang kuat, butiran ini termendap secara rawak, dalam kepekatan yang tinggi dalam jarak dua ribu batu dari tapak ujian asal. Hanya tiupan bayu atau gangguan permukaan bumi sahaja yang diperlukan bagi menyebarnya ke udara dan mencipta malapetaka bagi mereka yang berada berhampirannya.

Aktiviti bermain dengan pasir di pantai yang suatu masa dahulu adalah aktiviti yang menyihatkan ketika musim panas kini berubah menjadi acara membunuh diri, sekiranya anda telah tersedut masuk debu itu ke dalam peparu atau melekat ke kulit anda. Berhentilah dari mempersendakan Michael Jackson apabila ia muncul di lapangan terbang berhampiran anda dengan memakai topeng menutuphidung dan mulutnya. Beliau mungkin kelihatan senteng akalnya, akan tetapi Michael mungkin akan hidup jauh lebih lama dari kita.

Dua belas tahun dari letupan pertama Trinity, adalah menjadi jelas kepada kerajaan Barat yang masalah radioaktif ini sudah tidak lagi terkawal, dengan laporan Majlis Kajian Perubatan British pada tahun 1957 mengatakan yang ‘kematian dari barah peparu telah meningkat dua kali ganda semasa tempoh 1945 hingga 1955” secara global, walaupun tiada penerangan saintifik ditawarkan. Dalam tempoh masa yang sama, kematian oleh penyakit barah di kawasan berdekatan Hiroshima dan Nagasaki telah mencanak tiga kali ganda. Pada penghujung pengharaman ujian di atmosfera dalam tahun 1963, kejadian barah peparu di Kepulauan Pasifik telah meningkat lima kali ganda sejak tahun 1945. Oleh kerana mereka telah menjahanamkan alam sekitar secara total untuk tempoh 50,000 tahun, sudah sampai masanya bagi ‘kerajaan besar’ mula mengambil tindakan alih tumpuan yang berat.

Bagaimana mungkin manusia boleh dibuktikan telah menyebabkan sendiri menderita barah peparu, yakni untuk dikatakan bersalah oleh kesilapan sendiri lantas kerajaan tidak boleh disaman atau dipersalahkan? Bahan yang amat ketara telah disedut orang ramai ke dalam peparu selain dari udara ialah asap tembakau, lantas jarum kerajaan pun dijolokkan kearah itu. Penyelidik perubatan yang kurang layak tetiba telah mendapatkan bantuan geran yang amat besar dari kerajaan yang kesemuanya dihalakan kepada keputusan yang serupa: “Bukti yang merokok menyebabkan barah peparu”. Saintis yang tulin (terutamanya ahli fizik yang masyhur) tersenyum dengan grimly pada usaha awal lobi anti-merokok, dan mengumpan mereka ke dalam perangkap yang merbahaya. Penyelidik perubatan telah dijemput membuktikan dakwaan palsu di bawah peraturan ketat saintifik yang sama digunakan semasa membuktikan yang butiran radioaktif telah menyebabkan barah kepada mamalia.

Ingat, bagi sebarang teori diterima secara saintifiknya, ianya mesti dibuktikan menurut peraturan ketat yang diterima secara universal oleh para saintis. Pertamanya, bahan yang disyakki (asap rokok) mesti diasingkan, kemudiannya digunakan dalam ujian makmal yang dikawal bagi menghasilkan kepuusan sepertimana yang didakwa, yakni barah peparu dalam mamalia. Walau telah didedahkan kepada puluhan ribu terutamanya tikus putih dan tikus lainnya kepada 200 batang rokok sehari untuk bertahun, “sains perubatan’ tidak pun berjaya menyebabkan barah peparu keatas tikus-tikus tadi. Ya, anda telah membacanya dengan tepat. Untuk selama empat puluh tahun, ratusan ribu doktor perubatan telah secara sengaja berbohong kepada anda.

Saintis yang sebenar telah menyebabkan penyelidik perubatan tadi tercekik dengan hasil kajian itu kerana ujian perbandingan antara ujian butiran radioaktif dengan asap rokok membutikan secara konklusif untuk sepanjang masa yang merokok tidak menyebabkan barah peparu dalam sebarang keadaan. Tambahan pula dalam satu ujian besar secara tidak sengaja yang tidak dibenarkan untuk didedah kepada umum, saintis sebenar telah membuktikan dengan jelas yang merokok sebenarnya membantu melindungi dari barah peparu.

Kesemua tikus-tikus itu digunakan sekali sahaja dalam ujikaji yang khusus dan kemudiannya telah dimusnahkan. Secara ini penyelidik memastikan hasil kajian akan apa jua bahan yang diuji tidak boleh dicemari oleh kesan sebenar atau yang diagak dari bahan tadi. Kemudiannya seolah-olah secara silapmata, beberapa ribu tikus dari ujian asap rokok telah tersesat masuk ke dalam kawasan ujian butiran radioaktif yang pada masa lalunya telah membunuh kesemua haiwan ujikaji itu. Akan tetapi kali ini ianya amat menakjubkan, enam puluh peratus dari tikus yang telah didedahkan dengan asap rokok itu selamat walau terdedah kepada butiran radioaktif. Kelainan yang berlaku hanya lah pendedahan mereka kepada kuantiti asap rokok yang banyak sebelum itu.

Tekanan kerajaan dengan pantas dikenakan dan fakta ditekan, namun tindakan itu tidak mendiamkan sepenuhnya saintis tulin. Secara bermuslihat, professor Schrauzer, Presiden Persatuan Antarabangsa Ahli Kimia Bio-inorganik, memberi keterangan di hadapan jawatankuasa Kogres Amerika Syarikat pada tahun 1982 betapa sudah lama diketahui kepada Saintis yang kandungan asap tembakau tertentu bertindak sebagai anti-karsinogen (anti-barah) dalam haiwan ujian. Beliau meneruskan yang apabila karsinogen yang diketahui itu (bahan yang menyebabkan barah) dikenakan kepada haiwan tadi, penggunaan kandungan asap rokok telah melawanpembentukan barah.

Professor Schrauzer tidak berhenti setakat itu sahaja. Beliau seterusnya memberitahu secara bersumpah kepada jawatankuasa itu “tiada kandungan dalam asap rokok yang telah dibuktikan menyebabkan barah peparu dalam manusia”, serta menambah “tidak ada seorang pun yang mampu menghasilkan barah peparu dalam haiwan makmal akibat merokok.” Ianya adalah jawaban yang yang cermat kepada masalah yang membingungkan itu. Sekiranya kerajaan menghalang penerbitan kertas kajian saintifik, ambil lah jalan alternatif dan masukkan fakta penting yang ditulis dalam rekod kongres itu!

Sebagaimana yang dijangka, kebenaran yang ‘pahit’ itu telah menyebabkan kerajaan dan penyelidik perubatan marah menggila. Menjelang tahun 1982 mereka sebenarnya sudah mula mempercayai propaganda cerita kelentong yang mereka bikin sendiri, dan tidak boleh didiamkan oleh anggota saintifik ternama itu. Dengan pantasnya mereka berpindah pula menyalahkan ramuan ‘rahsia’ yang dimasukkan ke dalam rokok oleh syarikat tembakau. “Ya, ini lah puncanya!” kata mereka dengan ghairahnya, sehinggalah beberapa orang saintis telah menelefon dan menegaskan yang ramuan ‘rahsia’ yang sama itu telah pun termasuk ke dalam ujikaji keatas tikus putih itu dan sekaligus dibuktikan tidak mampu menyebabkan barah peparu.

Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan dan masyarakat perubatan terdesak. sejak tabung anti-merokok dimulakan dari awal tahun 60an, puluhan ribu doktor perubatan telah pun lulus dari pembelajaran mereka, dimana diasak betapa merokok menyebabkan barah peparu. Ramai dari mereka yang percaya kelentongan itu, akan tetapi ianya semakin terbongkar kini. Walau pun seorang doktor yang sederhana keputusannya tidak mungkin berjaya mengaitkan data itu dan apabila mereka bertanya, mereka telah diarah untuk menghentikan soalan bodoh itu. Slogan “Merokok menyebabkan barah peparu” telah diubah menjadi mekanisma kepercayaan agama yang harus diterima secara membabi-buta tanpa menghiraukan bukti yang mengatakan sebaliknya.

Kepercayaan membuta tuli juga memerlukan sistem penyokong yang positif, di mana dalam kes ini ialah agensi iklan dan media. Tetiba sahaja skrin televisyen dibanjiri oleh imej ‘peparu perokok’ yang menakutkan dengan diikuti jampi serapah betapa anda akan mati dalam kesakitan yang perit sekiranya anda tidak berhenti merokok sekarang. Itu semua adalah kerja haprak sahaja. Di atas meja bedah bilik mayat, peparu perokok dan yang tidak merokok kelihatan sama sahaja berwarna merah jambu, satu-satunya cara untuk patologis forensik boleh memberitahu samada seseorang itu perokok ialah dengan melihat tandaan nikotin di atas jari anda, sebungkus rokok Camel atau Marlboro dalam poket kot anda, atau sekiranya seorang ahli keluarga anda mengaku ke dalam rekod betapa anda dahulunya menghisap tumbuhan yang ditakut-takutkan itu.

Paru-paru hitam itu bagaimana pula? Itu adalah peparu pelombong arang batu, yang sepanjang tempoh kerjanya telah menghidu sejumlah besar debu hitam arang batu yang halus itu. Sepertimana juga debu radioaktif, ia juga termendap jauh ke dalam tisu dan kekal di situ selamanya. Sekiranya anda juga bekerja dalam lombong arang batu selama dua puluh tahun atau lebih tanpa topeng perlindungan, paru-paru anda juga akan kelihatan seperti itu. (bukan kerana merokok)

Ramai orang yang bertanya bagaimana tikus yang menyedut asap rokok itu dilindungi dari butiran radioaktif yang merbahaya itu, malah menyoal kenapa angka sebenar menunjukkan lebih ramai bukan perokok yang mati akibat barah peparu berbanding perokok sendiri. Professor Sterling dari Universiti Simon Fraser di Kanada mungkin telah menghampiri kebenaran, di mana beliau telah menggunakan kertas kajian bagi memberi alasan yang merokok telah menyebabkan pembentukan lapisan mucus (lendir) nipis dalam peparu, “yang telah membentuk lapisan perlindungan menghentikan sebarang butiran pembawa barah dari memasuki tisu peparu.”

Ini mungkin adalah kebenaran yang paling hampir ketika ini, dan ianya lebih diterima secara saintifiknya. Butiran radioaktif yang disedut oleh perokok akan diperangkap oleh lapisan mukus tadi dan kemudiannya ditendang keluar dari badan sebagai kahak sebelum ia memasuki tisu badan.

Kesemua ini mungkin agak memberi tekanan kepada golongan bukan perokok, akan tetapi mungkin ada satu atau dua perkara yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan risiko yang ada. Daripada anda menjauhi para perokok di kelab atau pub yang anda kunjungi, hampirilah mereka untuk menyedut asap yang hasilkan oleh rokok mereka tanpa rasa malu. Atau mungkin juga anda boleh menyedut sebatang rokok atau cerut selepas setiap kali menjamah makanan, hanya tiga kali sehari bagi membina lapisan mukus perlindungan itu. Sekiranya anda tidak mampu atau mahu melakukan perkara di atas, pertimbangkan untuk menelefon Michael Jackson untuk meminta lebihan sarung muka pembedahan daripada nya!!

14 comments:

  1. Joe Vialis....saya memang sangat mengkagumi beliau, dan akan membaca setiap tulisan nya. Apabila mendapat tahu kematiannya, saya serta merta menyalin artikel beliau sebanyak mungkin.

    Pada saya, Joe Vialis ni father of all conspiracy theorists.

    - ir anon

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    Saya juga begitu meminati tulisan-tulisannya yang mempunyai fakta dan alasan yang masuk akal.

    ReplyDelete
  3. wahhh..tuan..tak terkelip mata saya membaca..two thumbs up!!

    ReplyDelete
  4. Sdr. Mogen

    Memang uncle memang nak tahu respond daripada yang lebih.

    Haa... Hanis dah selesai, Mogen pula bila?

    ReplyDelete
  5. hanz rasa kandungan resepi dalam setiap jenis rokok tu yang memberikan kesan signifikan sama ada boleh menjejaskan kesihatan atau tak jelas. Mungkin rokok zaman sekarang dah byk racun yg tentu membahayakan kesihatan jika perokok terus merokok secara konstan bg tempoh masa yg lama, katakan 30 tahun. Mungkin ada jenis tembakau yg tak ada racun digunakan masa penanamannya, prosesnya, jadi rokok tu mungkin tak berapa jelas membahayakan, malah merawat penyakit kecil & mencegah barah, seperti diwar-war antagonist-cum-PI spt. Joe Vialls...hehehe

    Apa pun perokok akan tetap merokok walau besar mana gambar 'ngeri' pada kotak rokok. Leave them alone..They're only practising their rights & just wanna put their heads at rest...hehehe

    ReplyDelete
  6. http://judicial-inc.biz/Viialls_Ben_Menashe.htm

    ReplyDelete
  7. salam uncle,

    mohon link untuk fesbuk saya, tenkiu in advance ya.

    ReplyDelete
  8. tuan, saya sudah 'ketagih' membaca tulisan menarik ini.

    ia membenarkan prasangka baik saya terhadap rokok kerana sejak dulu saya tidak yakin rokok membahayakan kesihatan.

    buktinya pakcik saya meninggal kerana barah perut walaupun tidak menghisap rokok.

    bapa saya juga tidak pernah berhenti merokok dan alhamdulillah semua adik beradik saya tetap sihat dan tidak ada penyakit.

    bapa saya juga sihat.

    kajian seumpama ini perlu dicari lagi dan saya berterima kasih jika tuan ada bahan seumpamanya.

    saya teringat cerita Dr House ada menyarankan hisap rokok sebagai satu cara rawatan..

    ReplyDelete
  9. satu saja musykil saya - paru-paru perokok tidak hitam kata Joe Vialis. sebab dari xray paru-paru, boleh dikesan jika seseorang itu perokok tegar bertahun-tahun.

    apa pun, kajian telah membuktikan bahawa sel kanser terbentuk apabila keadaan sel tersebut menjadi berasid.

    maka, pengambilan makanan beralkali adalah satu kaedah penting dlm merawat kanser. tetapi tidak bererti minuman beralkali juga memberi kesan serupa!

    - ir Anon

    ReplyDelete
  10. Hanz

    Setahu uncle, Racun rokok bermula dari Benih dan Tapak Semaian lagi sehinggalah di basuh dan dipotong dibuat rokok.

    Sama ada racun dan kimia yang di dalam kandungan daun tembakau itu sudah tawar atau masih aktif bergantunglah selama mana daun tembakau itu disimpan dan diperap.

    Apa pun lebih baik hindari rokok.

    ReplyDelete
  11. Tuan Panglima Perang Cyber

    Terima kasih kerana sudi singgah. Sebenarnya saya pun berbelah bagi dan masih musykil. Adakah benar sebagaimana yang diwar-warkan.

    Red Indian dan Tibet hidup beratus tahun hanyatnya tetapi mereka juga merokok. Rokok mereka lagi teruk, tanpa filter langsung!

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    Saya yang tidak arif tentang sains dan perubatan ni memang pening dengan pendapat yang berbeza-beza.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa