Dari politik hentam menghentam saya alihkan minda ke suatu kisah yang tidak sewajarnya berlaku kepada manusia yang tua seperti saya. Kejadian ini juga membabitkan diri saya bersama seorang Anak Buah yang berumur 40'an ketika diperjalanan menunaikan Solat Jumaat tidak berapa lama dulu. Kisah ini sengaja saya ceritakan untuk panduan kepada kita yang lebih dewasa dan mungkin juga kepada anak-anak muda yang minda mereka masih mentah dan merasa kuat dan berani.
Tengahari itu saya ke Masjid memandu kereta kerana saya berdua bersama seorang Anak Buah yang bekerja di KL pulang bercuti dan menziarahi kami di sini. Pada waktu lain biasanya saya akan bermotosikal saja ke Surau yang letaknya tidak jauh dari rumah, tapi sebaliknya tengahari ini saya ke Masjid pula.
Sesampainya tidak jauh dari Masjid, kereta sudah berderet di kiri kanan jalan menghala ke Masjid menjadikan satu lorong sahaja yang boleh dilalui oleh hanya sebuah kereta saja. Saya berhenti untuk memberikan laluan kepada sebuah kereta di hadapan saya yang dipandu oleh seorang wanita. Di waktu yang sama saya perasan ada sebuah kereta Kancil yang dinaiki dan dipandu oleh semuanya anak-anak muda yang memakai Cap terbalik. Maklum sajalah bila perempuan memandu di situasi yang sempit begitu pastinya akan perlahanlah sedikit dan mengambil masa.
Di masa itulah kereta Kancil yang berhenti di belakang saya membunyikan hon yang panjang dan kuat walau pun pada masa itu di Masjid muazzim sedang Azan kali ke dua menandakan Khatib akan membaca Khutbah selepas itu. Saya berpaling, dan sipemandu memberikan isyarat marahkan saya mungkin kerana melambatkan mereka. Saya tunjuk kat depan dengan isyarat biarlah pemandu perempuan tu lepas dulu. Bila saja kereta yang di hadapan tu lepas dia pecut keretanya memotong saya dengan laju bersama hon dan mengangkat penumbuk. Di masa itulah Iblis menerobos ke hati saya. Geram dan marah sudah menguasai perasaan.
Saya kejar, saya himpit dan saya hadang kereta kancil itu sehingga rapat ke divider. Saya keluar kereta dan paksa driver muda itu turun sambil berkata "Keluar kau, aku nak tengok penumbuk siapa yang lebih keras!". Saya menambah "Kamu ingat bila kamu nampak aku dah tua, kamu rasa kamu kuat ye". Walau pun anak-anak muda itu berempat dan saya yang sudah berumur serta Anak Buah pula sudah 40'an, mereka hanya diam di dalam kereta. Ikutkan perasaan gila, saya nak hempuk saja walau pun dia di dalam kereta. Tetapi masih lagi ingatkan undang-undang. Nanti kita pula jadi Samseng Jalan Raya, hasrat itu terpendam setakat itu walau pun cukup geram.
Saya menjadi semakin marah dan mencabar supaya ke empat-empatnya keluar menentang saya. Dalam keadaan begitu seorang Penumpang di belakang membuka cermin tingkap dan minta maaf. Dengan marah saya kata "Bukan kamu yang mengangkat penumbuk kat aku tadi tapi siDriver tu". Dan akhirnya si Driver tu dengan tergagap memohon maaf. Selepas itu saya mulakan syarahanlah kononnya memberikan nasihat. Mereka semua terdiam dan memohon maaf berkali kali. Akhir kata saya berkata "Kamu semua lain kali jangan nak tunjuk samseng dan kurang ajar kalau hati penakut!" Lepas tu saya belah ke Masjid.
Sesampai di Masjid, terdengar Imam memberi salam menandakan solat sudah selesai. Jadi dua kali lima sajalah. Si muda samseng taik kucing tidak solat, Si tua bangka dirasuk Iblis pun tidak solat Jumaat. Untuk hilangkan rasa kesal, Anak Buah membuat kelakar dengan berkata Pak Su, cuba bayangkan kita bergasak dengan bercawat macam India Estet (mohon maaf kepada rakan-rakan berketurunan India) sambil ketawa berbahak-bahak. Memang kami terpaksa menjadikan kain pelikat sebagai cawat. Kalau tidak macam mana nak menendang dan menyepak?
Akhirnya si Tua jadi Iblis dan si Muda jadi Setan.....
assalammualaikum
ReplyDeletekalau tengah berdiri masa marah, seeloknya duduk, kalau tengah duduk, baraing je..
patutnya mountdweller baring kat tengah jalan...hihihi
Salam Pakdin.
ReplyDeleteTulah, ikutkan sangat bebudak yang otak cair, habih terlepas solat Jumaat.
Takpelah Pakdin, asalkan bebudak yang 'baru nak idup tu' sedor diri.
Assalamualaikum Palcik Din..
ReplyDeleteAduiii..dengan palkcik sekali tak dpt tunai solat Jumaat..Kekadang inilah hasilnya kalu ikut kata hati dan amarah kot..hehe..
Mmg budak2 muda sekarang sudah berbeza dgn dulu..mgkin sbb ilmu dunia melebihi ilmu akhirat..nak bezakan situasi penting pun tak reti apatah lagi nak hormat org tua ni ya..
elok mereka di ajar macam tu. tapi saya rasanya taklah seberani itu.
ReplyDeletesalam, pengalaman yg mnarik:) anak2 muda sekarang semakin biadap...susah nak ditegur..
ReplyDeleteSaya kagum dengan keberanian pakcik. Hati kering.
ReplyDeleteSalam ayahnda,mula-mula rasa marah kat budak muda tu bila baca sampai habis,tak reti nak komen.hehe..
ReplyDeletea.kum...
ReplyDeleteayahnda..
apa nak cakap benda dah jadi...
kira ada sabar lagi tu...
politik kekadang boring..
dekat masuk 2 tahun pilihan raya .. tak habis habis..
yang barang naik..
yang barang runtuh
yang barang hilang
yang hilang kerja
yang pelabur cabut
yang mp kedua dua nya tak datang perliman
entahla...
bagus juga kita certa pasal lain
Uncle, this is a really interesting post!
ReplyDeletesalam tuan mountdweller.... bukan nk batu api.... tapi itulah rasanya cara terbaik nk mengajar budak2 yg tak cukup diajar....
ReplyDeletesaya sokong sgt2.. budak2 macam tu mmg kurang ajar skit, depa kira buah depa saja ha.... abih yg buah kita simpan dlm seluar saja ka.... saya rasa kalau Pak Din gertak lagi tu mau terkincit budak tu. Silap orang la engko budak weeiii..
cool Pak Din ....
Wa alaikumussalam a kl citizen.
ReplyDeleteMacam mana agak-agaknya ye? Nak hilangkan marah baring di atas jalan, Treller yang sapu. Terus marah pun lesap!
W'salam Sdr. Brahim
ReplyDeleteItulah selepas itu Pak Din terfikir. Rasa kesal pun ada tapi bila fikirkan baiknya pun ada, harap Allah pertimbangkan apa yang Pak Din lakukan.
W'salam UXOP
ReplyDeleteItulah kerana ikutkan marah, semuanya terlambat dan terlepas. Memang kesal. Iblis akan menunggu peluang di mana-mana dan di dalam apa-apa situasi.
al-lavendari
ReplyDeleteSaya sendiri pun tak pasti. Tindakan saya tu kerana berani atau kerana marah.
Mohamadazhan hjDesa
ReplyDeletePada saya mereka jadi begitu kerana kesilapan kita sebagai ibu bapa yang terlalu memberi muka.
Reformis Jalanan
ReplyDeleteEntahlah, Pak Cik rasa Pak Cik macam orang lain juga. Mungkin berani ketika itu kerana keadaan perlukan keberanian.
ijoks2009
ReplyDeleteMemang ayahanda pun ada terasa yang tidak sepatutnya orang tua macam ayahanda ni sepatutnya melakukan perkara itu.
Perasaan berbelah bagi.
BurtalSolo
ReplyDeletePolitik kekadang bukan saja boring tetapi menyakitkan hati.
Paan
ReplyDeleteInteresting ke? Tapi uncle rasa menyesal pun ada sebab uncle dah dikira golongan emas.
muraisenja
ReplyDeleteItulah yang Pak Din harapkan pengalaman mereka itu di jadikan pedoman di masa hadapan.
Entahlah satu masalah Pak Din ialah Pak Din akan menyesal selepas berbuat kekasaran seperti itu.
Pernah di satu masa Pak Din tampar seorang budak motor yang naik laju melanggar budak sedang berbasikal sehingga melambung. Bila rasa tamparan Pak Din terlalu kuat, Pak Din kesihan dan menyesal. Pada awalnya budak tu cuba melawan tapi bila kena sebiji penangan Pak Din, dia terduduk.
Salam Ayahanda..
ReplyDeleteKesnya sama macam ayah saya dipotong sebuah kereta sambil menunjukkan penumbuk.
Selepas kejar ke sana ke mari akhirnya berhenti.
Ayah saya keluar kereta menuju ke kereta si samseng itu..
Samseng itu keluar dari keretanya juga..
Bila ayah saya angkat tangan dia sudah mengelak...walhal ayah saya hanya menghulurkan 'salam'
Akhirnya ia termalu dan juga memohon maaf...wakakaka..
Cam iklan hari raya..
W'salam anakanda author faethal
ReplyDeleteSatu peristiwa yang lucu tapi mungkin memberikan pengajaran berguna kepada anak muda itu.
Tapi kalau ikutkan keadaan marah ayahanda pada masai tu, sekiranya budak tu keluar dari keretanya pasti kena penangan. Teruk tak teruk tak tahulah. Cuma rasanya ayahanda akan keletihan dulu kot? Kalau budak-budak tu tak tahu seni tempur, mungkin ayahanda boleh ratah.
Sikap ayah kepada anakanda itu pun bagus juga. Pakai saiko.
Salam Pakdin.
ReplyDeleteSemoga dirahmati ALlah.
Pakdin memang `gedebe`,almaklumlah darah panglima :)..hehe
Urat dawai tulang besi.
Best jugak sekali sekala baca citer mcm gini.
PG
pgcare.blogspot.com
Apa nak buat, keadaan memaksa terlepas solat Jumaat kali tu...bukan sengaja...tapi dah dlm keadaan lain daripada yg lain...hehe
ReplyDeletePengajaran untuk kita semua...Sekurang-kurang uncle dah bagi 'pelajaran' terutama anak-anak muda yg suka suka saja tak hormat orang tua/kurang ajar/kurag adab..atau mungkinkah mereka tu tak sabar-sabar nak solat saf depan sekali belakang tok imam? hehehe
ni 1 cara "Amar Maaruf, Nahi Mungkar" juga (taim aje tak tepat..hehe..kalaulah ia berlaku selepas taim solat Jumaat, memang bagus sekali)..Sapa lagi berani nak tegur pemuda yg kurang matang/adab tu, supaya insaf, beringat & beradab pada lain waktu? Kita semua kena buat tgg-jwb tu.
W'salam PG
ReplyDeleteLama menghilang? Kursus ke atau buat Pakar?
Entahlah Pak Din pun tak tau, hari tu naik minyak pula!
Hanz
ReplyDeleteitulah...Uncle rasa ada baiknya juga peristiwa hari tu tapi perasaan terkilan pun memang ada sebab terlepas Solat Jumaat. Dah lepas nak buat macam mana, biarlah Allah menilainya.
Pak Din berharap budak-budak tu insaf, jangan kurang ajar lagi kepada orang tua.
Salam Pak Din,
ReplyDeletePatutnya PakDin bagi seketul dua buat bekal di hari kendian ..
Wakakaka!
W'salam zX
ReplyDeleteBila dah dia mohon maaf, Pak Din pun sejuklah. Maklumlah orang tua....