Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 26, 2009

Bloggers Kembang Hidung

Siapakah yang rasa tidak dihargai bila isu-isu yang diketengahkan didengar dan cuba diselesaikan? Isu dan cadangan melalui blog sebagai medium penegur dan pengkritik serta pencadang telah diambil kira oleh Kerajaan Kelantan pimpinan TGNA. Dengan usaha ke arah penyelesaian beberapa isu yang melemaskan oleh Kerajaan Kelantan, tentunya akan menguntungkan rakyat. Kedua-dua pihak akan lega dan tentunya satu pihak akan berterima kasih.

Bagi Kerajaan Kelantan, nampaknya blog adalah pengkritik yang menyedarkan bukan pembawa fitnah sebagaimana yang dilebelkan oleh PAS pusat. Nampaknya minda Pemimpin PAS Kelantan lebih terbuka tidak lagi terkurung di bawah lilitan serban. Malangnya dari tembikar otak PAS Pusat, blog didajalkan sebagai pembawa fitnah!

Selamat berjuang wahai para bloggers....

Tahniah kepada bloggers Kelantan, terima kasih kepada Kerajaan Kelantan

8 comments:

  1. Nabi pernah bersabda bermaksud...setiap amalan itu di dasarkan kepada niat...

    yang penting niat kita..dan yang lebih penting ia diterima oleh Allah..

    Soal pemimpin atau masyarakat hanyalah bonus di dunia..

    saya mengimpikan di masa depan, rakyat mengundi berdasarkan kebenaran dan keadilan bukan lagi kerana kepartian...

    kalau pemimpin parti yang kita sokong itu buat salah...kita harus berani menegur....

    yang lebih penting bukan parti, bukan bangsa tetapi Islam...

    Islam untuk semua...

    ReplyDelete
  2. Salam ..

    Yup! terfikir bila ada yang sesukanya melabelkan blog orang lain sebagai blog sampah. Apakah kriteria yang boleh kita labelkan sesebuah blog itu blog sampah? bagi saya jika ia tak menggangu tak berbau fitnah yang nyata.. tak ada boleh menimbulkan aib tak payahle kita sesuka hati labelkankan blog orang yang kita tak suka sbg blog sampah. Adakah kerana ia berbeza pendapat so kita labelkan ia blog sampah? kita kena terima perbezaan pandangan.


    Semua orang ada dan pakai kaca mata yang berbeza ..

    ReplyDelete
  3. Sdr. Din.

    Kata Allah itu benar, kata Rasul itu benar!

    Tegur dan menegur dengan kerana Allah adalah dituntut. Tapi memang ada sekelumit manusia yang sengaja tulikan telinga terhadap teguran. Tegur kita kerana sayang, tegur kita kerana Agama, tegur kita lillahi ta'ala.

    Memang keguran/kritik ada pelbagai niat. Ada yang berniat ikhlas, ada yang berniat menghina dan ada yang niat menjatuhkan. Bagi saya apa saja kritik walau pun keras, sepatutnya diambil kira dan direnungi. Kalau betul teruskan, kalau salah perbaiki/betulkan. Jangan terlalu negative dengan menuduh melulu.

    Bukankah biasa bagi sipengkritik dengan gaya masing-masing. Ada yang kasar, ada yang lembut dan ada juga dengan sumpah seranah. Walau apa bentuk kritik sekali pun, sekiranya kita rasional kita akan renung dan fikir dengan berlapang dada. Ubah mana yang patut, barulah semuanya selamat.

    ReplyDelete
  4. Rashid

    Bukankah itu perkara biasa? label melabel adalah sinonim dengan orang kita. Kerana tidak boleh terima kritiklah mereka akan melabelkan begitu.

    Itulah sebabnya otak Melayu susah untuk berkembang. Bila berlaku pertentangan idea, akan dijadikan musuh. Bukankah idea yang tidak kita persetujui itu juga adalah dari fikiran, dari otak? Kenapa kita tidak pertimbangkan dulu sebelum menolak dan mencemuh?

    Bagi uncle, tidak ada blog sampah sebab blog adalah tempat mencurahkan fikiran dan isi hati. Orang lain suka atau tidak, bukannya penting. Kalau orang suka, alhamdulillah tetapi kalau orang tidak suka, nak buat macam mana? Yang pastinya kita tidak akan berjaya menggembirakan semua orang.

    ReplyDelete
  5. Salam Pakdin.Semoga dirahmati Allah..

    Blogger kembang hidung tu maybe sebab hidung dah kembang ker Pakdin..or..

    PG
    pgcare.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. W'salam PG

    Terima kasih.

    Bloggers yang banyak menulis tentang isu Kelantan memang merasa dihargai. Terutama isu MPKB-BRI dan Bazaar Tok Guru. Mereka-mereka yang banyak menyentuh isu inilah yang sepatutnya mendapat credit.

    ReplyDelete
  7. Kaki2 yang ada dalam PAS Pusat di-plague oleh penyakit yang suka berfikiran sempit. Melihat hanya melalui satu corong pandangan, tidak creative melihat melalui corong pandangan yang lain dan berbeza. Macamana nak memacu negara maju dan menjadi pemimpin yang berdaya saing dengan golongan creative global kalau masalah sebegini pun tak boleh berfikiran critical?

    Tak apalah, biar kita di Kelantan yang lead the way, let everyone else follow. We start with PAS for All...and PAS ensures justice for All. PAS sudah ada matlamat yang perlu dipenuhi, the course has been set, now the work is to aim for the target.

    ReplyDelete
  8. Garden

    Terima kasih di atas komentar sdr.

    Kita bersyukur Pemimpin Kelantan celik mata dan hati namun dalam masa yang sama kita kesal dengan tindak tanduk PAS pusat. Kita bertujuan baik, dikatakan pencanang fitnah. Jadi hasilnya macam Garden katalah, minda dan fokos mereka akan kabur. Tidak mampu berdaya saing dan juga tidak akan berdaya maju.

    Sama-samalah kita bantu apa yang boleh demi Kelantan dan Rakyatnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa