Sunday, December 20, 2009

Perkara Nikah Pun Nak Bohong

Memang dasar orang politik, kalau tak bohong tak boleh hidup. Ini perkara baik yang melibatkan hukum dan peraturan Tuhanlah bahlol oii. Nikah/Kahwin bukanya pentas politik!

Nak baca juga apa kata Mufti perak dengan pangkat yang paling tinggi di kalangan Mufti-Mufti Malaysia...

Ini adalah kenyataan pasangannya:

"Saya tak mau orang kata saya gembira dengan berita (pekahwinan) ini, kerana dalam masa yang sama ada hati (maksudnya isteri pertama Bung) yang sedang menangis. Sebab itulah saya tidak boleh buat apa-apa kenyataan. Tanyalah Datuk (Bung) jika mahukan kepastian. Tanyalah Datuk. Kita ini perempuan, tak elok kalau terlalu banyak buat kenyataan. Nanti ada hati yang terguris. Kami (Bung dan Zizie) seang mencari tarikh yang sesuai dan masa yang sesuai sebelum apa-apa pengumuman rasmi dibuat. Dia (Datuk) ada keluarga, ada banyak hati yang perlu dijaga"

12 comments:

- jinggo - said...

menarik bahan ni..
orang politik ni kalau kerusi pun boleh dikatakan meja...ha...
apa2 kita bersangkabaik dalam kes YB Bong ni - semua kerja Allah..

armouris said...

tahniah Bung Mokhtar ada isteri no 2!! info tentang seks suami isteri kat sini, antaranya - Isteri Pura-pura Orgasma

ijoks2009 said...

Salam ayahnda,
YB bung Mokhtar bukan nak rahsia,
dia cuma takut bini,hehee

Rashid said...

Salam

hehe.. uncle, saya teringat kata-kata lucu sorang kawan. Kawan tu kata, "Masalahnya sekarang ini ramai orang laki yang bukan takut bini tapi bini yang tak takut laki.."

Moga hati semua pihak redha..

mountdweller said...

Sdr. jinggo

Kita tetap bersangka baik dan sememangnya baik pun, tetapi perkara yang melibatkan Hukum Tuhan janganlah di samakan dengan kedurjanaan politik.

Berbohong di dalam perkara Hukum dan Agama adalah perbuatan yang tidak boleh di lakukan.

mountdweller said...

armouris

Terima kasih armouris. Nampaknya tuanlah yang banyak berjasa kepada kita semua.

mountdweller said...

W'salam anakanda ijoks

Kalau dah takut bini, kenapa buat onar?

mountdweller said...

W'salam Rashid.

Kata-kata itu memang benar. Tapi orang mengatakan "Saja tak nak gaduh!"

Mogen Ali Rico said...

Salam tuan,
takperlah..diaorng dah selamat kahwin pon ..ade perkara kadang2 tak mahu diberitahu kepada org lain..tapi mungkin caranya yang salah

mountdweller said...

W'salam Mogen

Agak lama Mogen tak bertandang. Uncle harap mogen sihat, selamat dan gembira di rantau orang.

Perkara Nikah/Kawin memang Rasulallah menyuruh di hebohkan. Kalau pun tak nak orang lain tahu, janganlah berbohong menidakkan. Carilah jawapan yang lain. Perkataan "No Comment" ke? atau apa-apa perkataan yang tidak menjejaskan pernikahan itu sendiri.

Anonymous said...

memang dasar politik Bung mcm tu.....
selalunya enang sorak....kawasan terberak.....temberang...

mountdweller said...

Anonymous

Bagi orang politik bukan hanya Bung saja yang berperangai begitu. Ramai lagi selain beliau.