Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 20, 2009

Boleh Percayakah Orang ini

Mereka mendapat pujian, TGNA kena tibai!

Dulu...

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Bukankah kerana "Fatwa" ini ramai juga yang bersecerai berai, bersolat dua Imam dan sembelihan orang UMNO tidak dimakan? Terutamanya di Terengganu dan di setengah-tengah tempat di Kelantan.

Sekarang....

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Di perenggan yang lain pula .......

"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Baca sepenuhnya baca di Kelab Greenboc

Di masa yang lain pula berkata begini :

KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa. Sumber

Apa maknanya ini?

14 comments:

  1. NO komen,
    nanti org kata kita ni tak Wala' pd pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    Betulkan kalau saya silap.

    Tu maknanya bersama tapi tak ikhlas. Kalau masih 'dia' ... susah la.

    ReplyDelete
  3. TGHH tu agaknya dah lupa implikasi amanat / kata-2 yang keras (tegas?) dia dulu tu dah banyak merosakkan iktikad ramai ahli PAS hingga rosak silaturrahim dgn orang/penyokong UMNO. Kalau dulu lagi dia cadangkan kita serang/ lawan perkara bathil dalam UMNO dgn cara hikmah, lemah lembut seperti cara Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, tentu ramai kita paham kita (orang bawahan) sesama umat Islam (vs UMNO) tak perlu begitu bermusuhan. Memang ada perkara kita kena bersama UMNO.
    Tapi selepas 'rundingan gelap agenda UG dgn UMNO' terbongkar & TGHH & co. diserang kiri kanan atas bawah, sekarang lain pulak tonasi / cara TGHH, macam buat U-turn pulak...betul-betul insaf ker atau demi dapat sokongan & jawatan dr UMNO ni? Sungguh meragukan aku!

    Eloklah PAS tak bermusuh dengan UMNO lagi, tapi betul ker UMNO ikhlas anggap kita kawan/ sahabat, & tak tipu & khianat PAS lagi? Atau semua ni ayat-ayat untuk membolehkan 2, 3 kerat pemimpin PAS dapat jawatan dalam Kerajaan Perpaduan nanti? Rasanya begitu.

    ReplyDelete
  4. Salam Seikh

    Itu satu pendekatan yang baik di ambil Tyan Guru Haji Hadi, kita tak perlu terges-gesa. Sikap terburu-buru akan memakan diri kelak.

    Ana ikut blog ini, ana dah link kat ana. Mohon enta link blog ana. Syukran

    ReplyDelete
  5. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Bagi ana UMNOBN tetap ana tolak selagi UMNOBN menolak HUKUM ALLAH . Tuan puannya blogger jangan cuba nak menegakkan benang yg basah atau bangkai ikan paus didepan mata tuan blogger pura pura tak nampak tapi kuman sebiji zarah tuan blogger riuh sekampong, dah lama dah puak UMNOBN bangga dengan dosa dosa yg mereka cipta dalam 52 tahun memerintah tanan melayu .

    ReplyDelete
  6. Salam Pakdin,

    Entahlah. Saya teringat kebijaksanaan Ustaz Fadzil Noor.

    Pernah ada usul supaya ahli PAS pakai ketayap putih menggantikan songkok, kerana songkok sinonim dgn UMNO.

    Tapi dijawab secara berhemah oleh Ustaz Fadzil, songkok bukan milik mutlak orang UMNO,.. jangan jadikan songkok hak milik UMNO, ia sebahagian budaya.

    Rindunya pada Ustaz Fadzil Noor. seorang pemimpin ulung, sukar nak dibandingkan dengan yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  7. muafakat membawa berkat... marilah kita renung-renungkan

    ReplyDelete
  8. Anakanda ijoks.

    'Wala' kepada pemimpin adalah wajib selagi pemimpin itu di landasan kepimpinan yang betul dan menepati kehendak yang dipimpin tetapi dalam masa yang dipimpin wajib memperbetul/menyedarkannya hatta dengan kekerasan sekali pun.

    Contoh Saidina Umar ketika diangkat jadi Khalifah telah mencabar supaya memperbetulkan dirinya sekiranya beliau lari dari landasan yang ditentukan Allah dengan kekerasan (pedang).

    ReplyDelete
  9. W'salam Radin

    Betul tuan, akan susah selagi 'dia' tidak berubah. Payah untuk ubah nampaknya, semacam dah terlekat di hati.

    ReplyDelete
  10. Hanz

    Betul hanz. Kerana keraguanlah juga Uncle buatkan n3 ini untuk mendapat pandangan dari pengunjung. Tidak kiralah dalam bentuk positif atau pun hentaman. Uncle terbuka....

    ReplyDelete
  11. W'salam Sdr. Ayid

    Terimalah penghargaan saya kerana kunjungan Sdr. ke blog nyamuk ini. Insya Allah saya linkkan ke sini.

    Sebenarnya apa yang saudara katakan itu betul. Cuma saya masih tercari-cari arah dan tujuannya. Ke mana TGHH dan Ust. Nasa ingin membawa PAS. Apa yang saya takut ialah "Perangkap" telah dipasang di mana-mana.

    ReplyDelete
  12. Assalamua alaikum Tuan Haji Jamaludin

    Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Saya alu-alukan.

    Saya momohon maaf kerana mungkin kita ada sedikit perbezaan pendapat dan pemahaman. Pada saya perkara ini adalah biasa pada kita yang dijadikan sebagai makhluk yang lemah

    Mungkin Tuan Haji tersasar di dalam komen tuan berkaitan dengan n3 ini. Apa yang saya maksudkan ialah "individu" itu saja. Tiada kaitan dengan Bangkai Gajah,Parti mahu pun Benang Basah. Di sini saya tidak membela UMNO pun dan memang saya tidak boleh sokong UMNO kerana diri dan tindak tanduk para "Drivers" itu sendiri.

    Saya juga seperti mana Tuan Haji menyokong "PAS" tetapi bukan taksub kepada "orang"nya. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi PAS tetap di situ (di hati ahli dan penyokong) selagi PAS masih begitu (dengan apa yang diperjuangkan sekarang).

    Dosa, kenapa kita suka menghitung dosa orang lain? Apakah diri kita tidak pernah berdosa? Benar, UMNO banyak berdosa kpd rakyat kerana telah memerintah sejak lebih 50 tahun. Banyak penyelewangannya dan banyak juga jasanya dengan izin Allah. Tetapi adakah PAS tidak pernah berdosa kepada Rakyat Kelantan sepanjang 20 tahun pemerintahannya? Salah satu daripadanya sila baca n3 ini "http://mountdweller.blogspot.com/2009/11/salah-satu-sebab-kenapa-mpkb-kurang.html
    Ini adalah hanya salah satu tetapi kami di Kelantan ini tahu banyak lagi. Cuma kalau nak dibandingkan dengan UMNO, UMNOlah yang lebih banyak melakukan dosa. Itu kalau nak kira dosa orang lainlah. Tetapi dalam pada itu, pernahkah kita menghitung dosa sendiri?

    Saya kritik TGHH adalah kerana dia adalah seorang Pemimpin kepada sebuah parti yang menjadikan Allah dan Islam sebagai teras perjuangannya. Kenapa dia "Klu-klek" (pinjam bahasa TGNA)di dalam kenyataannya dari masa ke semasa? Lupakah beliau yang Perangkap Politik ada terpasang di mana-mana? Perangkap sentiasa terpasang baik oleh seteru politik luar (UMNO) dan orang dalam (PAS) tidak boleh diketepikan. TGNA telah merasa segalanya dulu. Semasa itu saya pun memang salah seorang aktivis PAS dan pernah berceramah sehingga tak keluar suara kerana penggunaan Speaker diharamkan ekoran Mageran di Kelantan yang ketuai oleh Hashim Aman.

    Tentang UG pada dasarnya saya boleh bersetuju demi kuasa melayu tetapi tidak perlu terburu-buru dan gelojoh. Yang pentingnya keikhlasa kedua belah pihak supaya tidak berlaku guna dan digunakan untuk mileage politik pihak tertentu.

    Pendaftaran PR pula. Bulan lepas Dato' Zaid Ibrahim sudah war-warkan pendaftaran PR sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dan sedang menunggu kelulusan. Tetapi statements semalam TGHH berkata pula tidak perlu didaftarkan cepat. Itu sebab saya tanya "Apa maknanya ini?"

    Apa-apa pun walau mungkin kita berselisih pendapat, saya tetap alu-alukan pendangan Tuan Haji. Dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

    Mohon jawapan saya ini dijadikan n3 supaya orang lain juga boleh memahami apa yang saya cuba bangkitkan.

    ReplyDelete
  13. W'salam sdr. Brahim.

    Betul saudara. Bila berlaku kekusutan begini kita akan kerinduan kepada Ust. Fadhil dan kebijaksanaannya. Beliau cukup teliti dan berhemah di dalam setiap tindakannya.

    ReplyDelete
  14. Mak Su

    Betul Mak Su. Sepakat bukan saja membawa berkat tetati juga membawa rahmat Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa