Monday, December 28, 2009

Hari Pertama Menganggur

Hari ini adalah hari pertama Pak Din tidak lagi berkerja. Habiskan cuti sebelum bersara sepenuhnya. Hari ini jugalah Pak Din berpeluang Jogging di waktu pagi. Bertemankan udara segar dan nyaman Pak Din jogging berseorangan di laluan slab di tebing Sungai Kelantan, di belakang TESCO KB. Dulu dikenali dengan Dataran JPS.

Di bawah adalah gambar-gambar yang menarik bagi Pak Din dan uploadkan untuk dikungsi bersama.

Merencatkan pemandangan. Sampah yang di hanyutkan banjir terdampar di 'Pelantar Sementara' yang dibina bagi pembinaan tapak Jambatan laluan Kedua yang masih belum dibersihkan. Tak tahu pula Pak Din ini tugas siapa. JPS atau MPKB-BRI.

12 comments:

Pengasas said...

Salam MountDweller,
Nampaknya jadilah bersara 1.1.2010 ni?
Peringkat awal bersara kena re-berbulanmadu oooo!!! Best!!!

Brahim Nyior said...

Wahhh, Pakdin dah jadi fotografer.

Ceewwwaah...

mountdweller said...

W'salam Dr.

Memang jadi bersara. Cadang dalam bulan Februari nak ke sabah dan Taman Negara Mulu.

Isteri masih bekerja, jadi kena rancang cutinya dulu.

mountdweller said...

Sdr. Brahim

Saya memang suka pemandangan yang cantik untuk di abadikan.

baginda® said...

salam dato' buleh jadi blogger sepenuh masa.. heheh kadang-kadang kalau ternampak pemandangan yang tak cantik pun tangkap gambar nye dato' kite leh study apsal tak cantik... alah macam gambar bagunan runtuh... kehkehkeh :)

~0~ said...

salam

gambar yang cantik...

nak clear sampah tue jadi tugas kontraktor kot uncle..

Webmaster@Echam said...

Salam Pakdin,
Lama tak lepak kat belakang Tesco tu. Balik nantilah saya pegi. Nampak cantik je...

Anonymous said...

yay..pasni alg balik bley jogging ngan papa...O_o

ghostdart

mountdweller said...

Baginda

Betul tu. Kalau kita mahu semuanya boleh dengan hanya satu perkataan "kanapa?"

mountdweller said...

W'salam ~0~

Sepatutnya tugas kontraktor tetapi masih dalam penguasaan JPS sebab melibatkan sungai dan saliran.

mountdweller said...

W'salam Webmaster@Echam

Jangan lupa balik nanti email atau call Pak Din. Kita boleh jumpa di situ.

Baru ni kami berkumpul bersama Adukataruna, topeng perak dan pink turtle

mountdweller said...

ghostdart

Sempat ke? 3 hari sahaja tu.