Di bawah adalah salah satu Komen dari seorang sahabat yang saya fikir dari komen beliau ini saya boleh memperjelaskan pendirian saya di dalam politik hari ini. Nampaknya beliau memang ikhlas dan beristiqamah.
hj jamaludin said...
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bagi ana UMNOBN tetap ana tolak selagi UMNOBN menolak HUKUM ALLAH . Tuan puannya blogger jangan cuba nak menegakkan benang yg basah atau bangkai ikan paus didepan mata tuan blogger pura pura tak nampak tapi kuman sebiji zarah tuan blogger riuh sekampong, dah lama dah puak UMNOBN bangga dengan dosa dosa yg mereka cipta dalam 52 tahun memerintah tanan melayu .
Assalamua alaikum Tuan Haji Jamaludin
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Saya alu-alukan.
Saya momohon maaf kerana mungkin kita ada sedikit perbezaan pendapat dan pemahaman. Pada saya perkara ini adalah biasa pada kita yang dijadikan sebagai makhluk yang lemah
Mungkin Tuan Haji tersasar di dalam komen tuan berkaitan dengan n3 ini. Apa yang saya maksudkan ialah "individu" itu saja. Tiada kaitan dengan Bangkai Gajah,Parti mahu pun Benang Basah. Di sini saya tidak membela UMNO pun dan memang saya tidak boleh sokong UMNO kerana diri dan tindak tanduk para "Drivers" itu sendiri. Pada saya yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul tidak kira siapa atau parti mana sekali pun. Kita harus ingat kita adalah manusia biasa tidak Maksum dan tidak juga malaikat. Yang betul mesti diakui dan yang salah tetap disanggah.
Saya juga seperti mana Tuan Haji menyokong "PAS" tetapi bukan taksub kepada "orang"nya. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi PAS tetap di situ (di hati ahli dan penyokong) selagi PAS masih begitu (dengan Perlembagaan dan apa yang diperjuangkan sekarang).
Dosa, kenapa kita suka menghitung dosa orang lain? Apakah diri kita tidak pernah berdosa? Benar, UMNO banyak berdosa kpd rakyat kerana telah memerintah sejak lebih 50 tahun. Banyak penyelewangannya dan banyak juga jasanya dengan izin Allah. Tetapi adakah PAS tidak pernah berdosa kepada Rakyat Kelantan sepanjang 20 tahun pemerintahannya? Salah satu daripadanya sila baca n3 ini salah satu sebab kenapa mpkb kurang duit "http://mountdweller.blogspot.com/2009/11/salah-satu-sebab-kenapa-mpkb-kurang.html
Ini adalah hanya salah satu darinya tetapi kami di Kelantan ini tahu banyak lagi. Cuma kalau nak dibandingkan dengan UMNO, UMNOlah yang lebih banyak melakukan dosa. Itu kalau nak kira dosa orang lainlah. Tetapi dalam pada itu, pernahkah kita menghitung dosa sendiri?
Saya kritik TGHH adalah kerana dia adalah seorang Pemimpin kepada sebuah parti yang menjadikan Allah dan Islam sebagai teras perjuangannya. Kenapa dia "Klu-klek" (pinjam bahasa TGNA)di dalam kenyataannya dari masa ke semasa? Lupakah beliau yang "Perangkap Politik" ada terpasang di mana-mana? Perangkap sentiasa terpasang baik oleh seteru politik luar (UMNO)atau orang dalam (PAS) juga tidak boleh diketepikan. TGNA telah merasa segalanya dulu. Semasa itu saya pun memang salah seorang aktivis PAS dan pernah berceramah sehingga tak keluar suara kerana penggunaan Speaker diharamkan ekoran Mageran di Kelantan yang ketuai oleh Hashim Aman.
Tentang UG pada dasarnya saya boleh bersetuju demi kuasa melayu tetapi tidak perlu terburu-buru dan gelojoh. Yang pentingnya keikhlasan kedua belah pihak supaya tidak berlaku guna dan digunakan untuk mileage politik pihak tertentu.
Pendaftaran PR pula. Bulan lepas kalau tak silap saya Dato' Zaid Ibrahim sudah war-warkan pendaftaran PR sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dan sedang menunggu kelulusan. Tetapi di dalam statements semalam terhadap BERNAMA, TGHH berkata pula tidak perlu didaftarkan cepat. Itu sebab saya tanya "Apa maknanya ini?"
Apa-apa pun walau mungkin kita berselisih pendapat, saya tetap alu-alukan pendangan Tuan Haji. Dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Mohon jawapan saya ini dijadikan n3 supaya orang lain juga boleh memahami apa yang saya cuba bangkitkan dari sudut pandangan dan hati saya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa