Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 25, 2009

Jangan Lakukan Begini

Satu peringatan dari saya kepada sama ada kita seorang Pegawai/Boss atau kita seorang kakitangan bawah. Maksud saya perkataan "lakukan" adalah di dalam suasana dan tindakan berbeza di antara Pegawai dan Kakitangan yang ada kaitan dengan sikap dan rasionaliti.

Saya ceritakan apa yang tidak sepatutnya berlaku di tempat kerja/pejabat ketika umur saya lewat 20'an dan Pegawai saya pada masa itu menghampiri 40 tahun. Keadaan ini berlaku kerana ke dua-duanya gagal memahami keadaan situasi masing-masing di samping darah yang masih muda dan tentunya cepat panas.

Pada masa itu saya bertugas di Bahagian Pemasaran yang di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Pegawai Pemasaran Senior. Pegawai ini dari apa yang saya tahu, dia garang dan gedebe. Walau ke mana saja dia bertugas semua kakitangan dan pelanggan akan takut dan patuh pada apa yang dia mahukan. Saya juga diberitahu dia pernah menembak dengan pistol barang yang hendak dijual kerana tidak menepati kriteria dan piawaian yang sempurna. Pada masa itu tidak ada siapa dari orang kampung yang berani membuat laporan dan mungkin mereka tidak tahu yang perbuatan menembak itu salah.

Pada satu jadual pemasaran yang padat, saya bertugas di bawahnya. Saya yang turun ke Pusat Pemasaran ke hulu ke hilir bersama juruteknik (pemasaran) dan balik ke pejabat saya juga yang kumpul segala data dan maklumat yang berkaitan untuk laporan. Ketika itu semua maklumat di seluruh Malaysia hanya di letakkan pada bahu saya seorang saja. Bayangkan dengan bantuan peralatan yang tidak secanggih sekarang, tanpa bantuan komputer. Hanya dengan menggunakan mesen kira versi dulu, saya terpaksa kumpul dan kira segala data dan rumus. Seterusnya membuat laporan yang detail.

Jadi untuk menjimatkan waktu dan mempercepatkan apa yang harus saya siapkan, saya terpaksa pulang lambat dan datang semula ke pejabat di sebelah malam dengan membawa isteri yang dengan sukarela datang untuk membantu. Kami di pejabat sehingga jam 2.00 pagi baru pulang. Begitulah yang saya lakukan berhari-hari. Saya dan isteri memang tidak kisah sangat asalkan segala kerja saya dapat disiapkan dalam waktu yang cepat.

Pada hari yang ke empat saya di dalam keadaan itu, Pegawai saya ini menerima satu panggilan dari seorang Pengarah dari jabatan lain yang inginkan maklumat dan perkara yang berkaitan dengan apa yang saya buat. Bila dia tanya saya, saya katakan yang akan siap petang ini atau esok pagi. Dengan marah di menjawab di tetefon dengan berkata "Laporan belum siap. Budak ni 'mambar' sangat". (Mambar maksud di sini ialah 'lembab'). Selepas dia meletak telefon saya berkata dengan nada marah "Eh.. kau kena tahu aku hanya ada dua tangan, kalau kau cekap sangat kenapa tak buat sendiri?". Memang saya marah mendengar kata-katanya tadi sebab saya sudah beberapa malam pulang jam 2.00 pagi bersama isteri saya yang rela korbannya masanya untuk membantu saya mempercepatkan kerja. Selepas saya berkata begitu, saya teruskan dengan kerja saya.

Sejurus selepas itu, ketika saya sedang kusyuk mengira dan analisa data, tiba-tiba saya ternampak bayangan tangan hampir ke muka saya. Tanpa perhitungan, saya bangun dan terus saya bagi sebiji di mukanya. Dia terundur ke belakang dan terus masuk ke biliknya yang memang berhadapan dengan meja saya. Semua kakitangan yang berhampiran terperanjat dan kaget. Sebenarnya saya pun tidak tahu sama ada dia nak tampar saya atau nak tonyoh muka saya atau pun nak tunjuk atas muka dan worning saya. Saya bertindak mendahuluinya.

Selepas seketika dia buka pintu bilik dan berkata "Kau tak usah tunjuk samsenglah dengan aku". Saya jawab "Kalau kau nak, jom turun ke bawah. Kalau dengan kau 14 kali sehari aku nak berlawan". Ketika itu kami di tingkat 2 bangunan pejabat. Dia tutup pintu dan tak keluar-keluar sehinggalah saya pulang untuk makan tengahari di rumah. Petangnya dia tak ada di pejabat.

Esoknya saya dengar ada kakitangan memberitahu saya yang dia bawa pistolnya ke pejabat. Mungkin nak ugut saya. Jadi saya terlebih dahulu membuat provokasi dengan berkata sambil ketawa kepada orang yang rapat dengannya " Kalau dah pengecut, tembak aku pun tak akan kena punya sebab tangan menggigil!"

Selepas itu, pegawai ini akan mengelak dari bertembung dengan saya. Dan perkara itu senyap begitu saja. Mungin tidak sampai ke telinga pihak atasan. Selepas dari peristiwa itulah kebanyakan kakitangan seperti takutkan saya sebab saya dah 'balun' manusia yang paling gedebe di situ.

20 comments:

  1. Tuan, makhluk gedebe tu hidup lagi tak? Suhati dia je nak tembak orang dengan pistol.

    Tuan dah bagi pengajaran paling ampuh buat orang macam dia...

    Bagus.

    ReplyDelete
  2. Tok Rimau

    Manusia itu masih hidup, berniaga buku di tempat asalnya.

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha,
    Gedebe jugak ayahnda ni.
    Satu pengajaran untuk dia tu.
    Jangan ingat gedebe dia saja org lain pun gedebe jugak.

    ReplyDelete
  4. pengalaman yang cukup menarik.. teringin nak tengok sendiri muka mangkuk tu..

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    saya membaca pun kecut perut...

    ReplyDelete
  6. Wah....satu pengalaman yang baik.
    Selamat bersara.

    ReplyDelete
  7. Alangkah bagusnya kalau keberanian saya seperti pakcik...

    ReplyDelete
  8. jeebond

    Dia pun dah lanjut usia sekarang ni. Cuma satu perkara yang saya tahu, dia gedebe tapi takut bini!

    ReplyDelete
  9. ijoks2009

    Ayahanda menjadi gedebe spontan. Tak terfikir pun nak melawan.

    ReplyDelete
  10. ababina328

    Terima kasih di atas kunjungan dan doa.

    ReplyDelete
  11. Wa alaikumusslam a kl citizen.

    Niat n3 saya tu adalah untuk diambil iktibar. Tak kiralah sama ada kita Boss atau Kuli, yang penting sebelum bertindak hendaklah memahami dulu keadaan dan situasi terutama kakitangan yang mungkin dibawah tetanan dan kekangan masa.

    ReplyDelete
  12. Reformis Jalanan

    Bagi Pak Cik semua orang berani, tinggal lagi terdesak atau tidak saja.

    Anjing kurap sekali pun sekiranya di desak akan menerkam balik sekiranya tidak ada jalan untuk melarikan diri.

    ReplyDelete
  13. Salam semua!!!..boleh beri tip macamana nak hadapi boss yang garang???suka mencari salah pekerja bawahan...tolong ye!!

    ReplyDelete
  14. Anonymous

    Siasat dan perhatikan apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka (bukan benda tetapi keadaan atau cara kerja). Lepas tu cuba ikut senongehnya jika mampu dan jadikan kelemahan dia, maksudnya perkara yang dia suka untuk melemahkannya.

    Pertanyaan lanjut tentang kaedah, sila email saya.

    ReplyDelete
  15. ni kisah yg bagus + penuh makna, uncle. Sapa-sapa orang atasan/pegawai kerajaan, kalau ya pun garang bawaannya/ wataknya, jangan terbawa-bawa hingga jadi gadebe di opis. Bila dia garang tak bertempat, hingga marah orang tak tentu punca, tak selidik elok-elok, situ akan ada masalah kerja juga. Hubungan antara dia & staff juga hanya respek 'on surface'. Lebih kpd faktor takut dia ada kuasa + garang. Orang tak hormat dia, orang akan kata/cemuh/ kutuk di belakang dia. Sementara tak ada org berani lawan balik dia/ dia tak silap langkah, dia bolehlah buli staff dia. Tapi dia kena ingat, orang takut lama mana sangat? Jumpa buku dgn ruas, baru dia ada akallah. Kan, uncle?

    Yang penting ketua/ kepala/ bos/ pegawai ada sikap tegas. Cukup. Orang dia akan paham & respek dia depan & belakang. Tegas ni perlu sebagai pemimpin. Tegas bukan garang lagi gedebe. Kalau tak silap hanz, macam uncle ni orangnya tegaslah. Mungkin. Garang bertempat. Bila seseorang tegas, dia marah pun berpada-pada. Tinggi suara tu mungkin. Tapi tak menyakitkan hati orang, menakutkan, mengancam orang lain terutama orang bawahan. Jadi hubungan dia sebagai bos adalah ikhlas & memenuhi kod etika kerja. Orang pun sayang dia.
    Kalau pengamatan hanz di atas adalah salah, sila betulkanlah, ok uncle?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Pakcik Din..

    Selamat bersara..

    sepatutnya bila kita bekerja dalam satu pasukan (jabatan),kena bantu membantu atas dasar tanggugjawab dan amanah bekerja bagi sesuatu jabatan..tak kira boss atau kuli..sepatutnya boss harus malu jika malas bekerja malahan hanya harap org bawah saja menyelesaikan kerja..kita dibayar gaji utk bekerja bukan nak tunjuk lagak bila berjawatan besar..ehh ter-emosional pulok..hehe

    ReplyDelete
  17. Hanz

    Apa yang katakan itu betul.

    Ketua yang baik adalah ketua yang dihormati bukan ditakuti. Sebenarnya uncle boleh kerja dengan sesiapa pun dengan syarat kita saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Manusia gedebe memang tidak ada tempat lagi di dunia hari ini. Cerita uncle ni pun berlaku di dalam pertengahan tahun 80'an.

    Contohnya Uncle dan Pengarah sekarang. Dia boleh dikatakan sebagai anak kepada uncle sebab umurnya baru 31 tahun. Tapi tidak ada masalah dan saling gantung bergantung di dalam urusan pejabat. Uncle hormat dia sebagai Boss dan dia hormat uncle sebagai orang tua dan anak buah. Dalam banyak hal dia serahkan urusan kepada uncle.

    Kepada yang tidak kenal hati budi uncle, orang kata uncle tegas dan garang. Tetapi bagi yang kenal uncle, mereka suka berkerja dengan uncle sebab pada pandangan uncle semua orang ada kelebihan masing-masing. Uncle akan berikan tanggung jawab yang sesuai dengan watak dan kebolehan mereka. Dan uncle berikan kebebasan bertindak dan buat keputusan sendiri.

    Sekiranya ada masalah, uncle akan bantu. Boleh dikatakan team uncle adalah team yang mantap dan ceria.

    ReplyDelete
  18. Wa alaikumussalam UXOP

    Terima kasih.

    Sebenarnya ramai Boss yang berwatak begitu. Tapi tak pasti sama ada dia malas atau memang dia tidak tahu melaksanakan apa yang sepatutnya.

    Bagi Pakcik Din, tidak kisah asalkan kita diberikan kebebasan melaksanakan tanpa tekanan bodoh.

    Prinsip Pakcik Din ialah "Bekerja untuk kepuasan"

    ReplyDelete
  19. Salam Pakdin..
    Kelakar cerita ni..
    Baru kena buku dengan ruas..
    gedebe jumpa gedebe...jadik `gedebuk`..keke..

    PG
    pgcare.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. W'salam PG

    Dari peristiwa ni, pecah lubang yang dia bukannya berani sangat. Gertak jer lebih!

    Bermula dari situlah sikapnya berubah. Dia menjadi lebih "mesra alam"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa