Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2009

Gembira Dan Sedih

Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja di pejabat. Esok saya akan menyesuaikan diri dengan suasana yang lain setelah saya ambil keputusan bersara awal/pilihan. Perasaan bercampur baur sedih dan gembira. Sedih kerana meninggalkan teman-teman yang bersama mengharungi susah getir dan hilai tawa bertahun-tahun lamanya. Gembira kerana sudah terlepas dari ikatan perkerjaan wajib dari segi dunia.

Gembira kedua pula pada pagi ini saya berpeluang bertemu dan bermesra dengan dua orang rakan bloggers iaitu Topeng Perak dan Adukataruna.

Thumbprint terakhir jam 5.35 petang tadi 24.12.09

Sudut yang pastinya akan saya rindui

Teman bersama merapu dan hilai tawa

Cenderahati Persaraan hadiah teman-teman
- Terima dari Pengarah-

Sebahagian daripada muka-muka yang akan ku rindui


Sedikit Jamuan Perpisahan

SELAMAT MAJU JAYA TEMAN-TEMANKU

Paste n copy email dari 2 sahabat


Walaikumm.....

Din .... isk kawe terkejut berok ni...

macam kehilangan kawan aja .... ni ... almaklum laa ... demo ngan kawe
very close ... maaf lah kalu ada apa...
klu free kita jumpa masa lain ... halloo kawe deh...
sehari dua ni bz sangat ....

semoga selamat menempoh alam baru...

tq...

Wan Aziz

Tuan,

Kesempatan ini saya menyusun jari 10 memohon maaf atas apa yang sedar dan
tak sedar semasa pehubungan kita bekok seloroo gurau senda dan
hubungan sesama muslim akan berterusan sehingga akhirat wassaalam.

Zaabar bin Jaafar

36 comments:

  1. baginda®

    Ya, saya mohon pencen awal.

    ReplyDelete
  2. salam
    selamat bersara..muga hidup lebih bermakna dan dpt mendekatkan diri dgn keluarga dan Allah pastinya..

    ReplyDelete
  3. Idalara

    Terima kasih. Saya akan cuba panjangkan malam untuk Allah. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam Ayahanda,

    Selamat menempuh alam persaraan. Insyallah... banyak perkara yang boleh dilakukan selepas ini.

    Pada mulanya pasti kekok sedikit kerana biasa berkerja, lama kelamaan biasalah nanti.

    Kalau nak joint projek saya, sila baca di blog ha..ha..ha... untung juta-juta... boleh di rundingkan.

    Saya pun gembira hari ini, kerana 24/12/09 - adalah ulangtahun pernikahan yang ke 15 tahun. Dan esok 25/12/09 - adalah hari keputeraan saya, jadi saya istiharkan cuti umum buat semua penduduk bumi.

    Selamat bersara... (apa perancangan selepas ini?)

    ReplyDelete
  5. salam uncle..
    Saya doakan yang terbaik buat uncle..

    ReplyDelete
  6. anakanda Isa

    Terima kasih dan tahniah ayahanda ucapkan di atas ulangtahun perkahwinan dengan doa semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Ayahanda juga mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga hidup anakanda sekeluarga di berkati.

    Hari-hari mula persaraan ni kemugkinan akan kekok sikit. Yang paling ayahanda takut ialah kebosanan. Tadi ada juga ayahanda, Aduka dan Topeng perak sembang tentang projek anakanda dan Dr. Wahab. Rasanya kalau ada masa nak juga pergi melawat.

    ReplyDelete
  7. W'salam ~0~

    Terima kasih banyak di atas doa.

    ReplyDelete
  8. Selamat bersara. Semoga hari mendatang lebih bermakna dan dirahmati Allah.

    (lepas ni boleh le meredah rimba dan berkongsi pengalaman menarik dlm blog).

    ReplyDelete
  9. Salam Pakdin.

    Rupanye dh penghujung kerjaya, nampaknya. Saya jangka pada 2027, lambat lagi.. Tapi saya berdoa dapat sekuat Pakdin. Moga umur saya juga dipanjang Allah.

    Slp pencen, apa rancangan Pakdin? Jgn biarkan blogh ni freeze, beku tak bersentuh, sudahlah..

    Selamat bersara, moga terus ceria di sisi keluarga. Gunakan masa yg ada ni untuk rapatkan hubungan dgn isteri, sebab mungkin selama ni Pakdin terpaksa bahagi masa dengan kerja.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan;

    Hijrah ini cukup besar Tuan.Semoga Tuan berlapang dada.

    ReplyDelete
  11. Salama ayahanda,

    Persaraan Ayahanda, hanyalah persaraan dari pencarian rezki. Pencarian yg paling penting selepas ini, ialah perjuangan memperkasakan sistem allah. Mari kita letakan sistem allah di atas, dan sistem sikular di bawah. Sekarang sistem sikular mendapat tempat di atas, maka sistem allah di tempat ke bawah, ini yang menyebakan segala keburukan berlaku, hinggakan enjin kapal terbang pun hilang

    ReplyDelete
  12. Selamat bersara ayahnda,
    Bila dah bersara tu banyak masa lapang yg boleh di isi dgn Aktiviti samaada mencari bekalan akhirat dan tak lupa bahagian dunia.
    Apa perancangan lepasni,ade projek?

    ReplyDelete
  13. pak din, ceritalah sikit tetang pengalaman kerja selama hidup sampai pencen, kami nak tau jugak, lagi 1, pencen awal tu tanda2 awal pak din kena bersedia awal juga pak din, moga syurga menanti mu insyaallah

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Saudara Cyber Mountdweller,

    Saya dapat rasakan apa yang Saudara serta isteri Along dan Adik rasakan. Inilah hakikat kehidupan kita semua, tiada apa yang kekal,kata Hamka, yang kekal itu adalah 'perubahan' itu sendiri. Semua akan berubah. Kita bekerja satu hari InsyaAllah bersara juga. Bersara awal atau tepat pada waktunya bersara juga namanya.

    Semasa suami saya memilih untuk tidak meneruskan lagi perniagaannya dan melepaskan jawatan dalam syarikat, dalam erti kata bersara juga pada usia 59, saya mengaku pada awalnya 'kekok' juga kerana dia sentiasa ada di rumah!! Tetapi sekarang dah biasa dan dapat menyesuaikan rutin masing-masing.

    InsyaAllah, Saudara akan dapat meluangkan lebih masa buat keluarga disamping menyambung aktiviti yang amat diminati yang boleh dikongsi bersama kami kami semua InsyaAllah. Tidak semua kami ada kebolehan dan dikurniai Illahi, kepakaran meredah hutan rimba dan berhadapan dengan makhluk dari alam yang lain dimensensi dengan kita.

    Ramai yang memandang remeh akan hal ini tetapi ianya adalah sebahagian dari kehidupan kita.

    Selamat Bersara Saudara, di pagi Jumaat yang mulia ini saya doakan Saudara sekeluarga segala yang terbaik. Hidup terus rukun damai, sentiasa dalam barakah dan Rahmat Allah swt, Amin!

    ReplyDelete
  15. salam pakdin,

    walaupun pakdin ditimur aku dibarat. kenal dialam maya cuma, ntah kenapa rasa sedih gak bila pakdin bersara..
    apa2 pun moga2 pakdin gembira..

    ReplyDelete
  16. Salam Pakdin.Semoga dirahmati Allah.
    Jangan risau Pakdin.Kawan Pakdin
    akan bertambah ramai.Selamat menempuh alam baru..Boleh kerap masuk hutan ni sebab Pakdin dah free..Tingin nak ajak Pakdin gi kembara ke dalam hutan dan alam lain..Sebab hidup saya ni penuh dengan alam sains jer..nak try alam lain pulak :)


    PG
    pgcare.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. salam buat pak din.
    terima kasih di atas jasa mu berkhidmat buat negara.
    bersara kerja tak apa sebelum bersara hidup.

    ReplyDelete
  18. Demang

    Terima kasih. Insya Allah akan saya manafaatkan sisa hidup dengan berbakti secara lain pula. Mungkin bersama NGO yang berkecuali dari politik terutama badan Dakwah.

    Rimba dan hutan sudah sebati dengan saya, memang di situlah tempat yang boleh memberikan ketenangan pada saya.

    ReplyDelete
  19. W'salam sdr. Brahim.

    Sebenarnya saya bersara pada umur 54 tahun. Kalau nak diikutkan sain 58 tahun, saya masih ada lagi 4 tahun untuk berkhidmat tetapi oleh sebab fungsi dan peranan jabatan sudah berubah mengikut kehendak kabinet menjadikan kita berceralu dan seolah hilang halatuju.

    Jadi dari menyakitkan perasaan kerana kecelaruan itu, tambahan pula agak sudah berumur maka saya ambil keputusan bersara saja. Pada saya keputusan bersara awal adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  20. Wa alalikumussalam Tok Rimau.

    Memang benar, insya Allah saya akan berlapang dada dan tumpukan masa kepada perkara yang memberi faedah kepada masyarakat dan Agama.

    ReplyDelete
  21. W'salam Lajnah Pengguna PAS Perak

    Semua manusia yang beriman dan mengaku dengan sebenar-benarnya Allah adalah Tuhan sekelian alam dan Muhammad adalah Rasulallah akan memikir dan berusaha ke arah meletakkan Agama dan Hukum Allah di tempat yang sepatutnya di dunia ini.

    Hasrat ayahanda terhadap usaha itu tidak pernah padam dan lemah. Apa-apa pun kita hanya berusaha dengan kudrat dan akal yang ada, ketentuan adalah di tanganNya jua.

    Kita fikir dan usahakan melalui kaedah yang terbaik bersesuaian dengan suasana dan masyarakat kita sendiri, dengan acuan kita sendiri.

    ReplyDelete
  22. Ijoks

    Terima kasih.

    Pada ayahanda perimbangan Dunia dan Akhirat amat perlu. Allah menuntut kedua-duanya dari kita.

    ReplyDelete
  23. Anonymous

    Insya Allah Pak Din akan buatkan n3 berkenaan itu sekiranya kelapangan. Akhirat, persediaan perlu dilakukan sentiasa walau di dalam apa jua keadaan.

    Kita lakukan dengan ikhlas sebarang ibadat dan kebajikan, selebihkan serahkan kepadaNya.

    Terima kasih di atas doa anakanda.

    ReplyDelete
  24. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Terima kasih di atas tips dan kata-kata dorongan yang diberikan. Hari ini memang saya masih tidak merasa apa-apa. Tapi mungkin di hari-hari akan datang saya akan terasa dan mungkin hilang fokus tentang apa yang saya harus lakukan.

    Insya Allah saya akan tenang dan tidak akan gelisah. Hasrat saya, saya akan utamakan malam yang lebih panjang untukNya. Ikut saranan Rasul di waktu 2/3 malam adalah afdhal.

    ReplyDelete
  25. W'salam aku

    Pak Din pun bila tiba hari terakhir tu, memang sedih meninggalkan kerja-kerja harian dan rakan-rakan yang sama-sama mengharungi kegetiran dan menikmati kemanisan perhubungan.

    Suka, memang rasa suka sebab selepas ini Pak Din akan terlepas dari ikatan tanggung jawab terhadap pekerjaan dan tugas.

    Apa pun terima kasih aku di atas doa untuk Pak Din.

    ReplyDelete
  26. W'salam PG

    Terima kasih. Kalau PG berminat nak ikut, insya Allah kalau ada program nanti Pak Din akan call PG.

    ReplyDelete
  27. fidel castro

    Sama-sama fidel. Kita sebagai manusia dengan tugas-tugas yang sememangnya telah ditakdirkan. Bekerja adalah berbakti kepada Majikan/Negara dan keluarga sebelum dipanggil pulang olehNya.

    ReplyDelete
  28. [S]itie [B]Um [B]Um

    Terima kasih kerana sudi singgah.

    Mudah-mudahan begitulah diharapkan.

    ReplyDelete
  29. Perasaan berampur baur ya uncle?
    Lumrah berkerja gomen dah camtu. Pencen tu 1 cuti rehat yang lama juga. Ada pelan apa-apa ke uncle? Buka meniaga ke? Melancong? Ke mana? Oh, buat umrah?

    Nostalgia masa berkerja ada manis, ada masam. Ada masa ketawa. Ada masa bersungut (kerja banyak dll)..hehehe

    Bergembiralah bersama keluarga.

    ReplyDelete
  30. Hanz

    Betul, perasaan memang bercampur baur. Sedih dan gembira.

    Buat masa ini Uncle nak rehat dulu dan selepas itu uncle fikir nak taburkan bakti kepada masyarakat melalui NGO pula. Sebelum ini pun memang uncle banyak terlibat bersama NGO tetapi terhad akibat kekangan masa. Sekarang masa Uncle sudah bebas.

    ReplyDelete
  31. Selamat bersara pak din.N selamat menempuh alam baru lepas ni..

    ReplyDelete
  32. Harris

    Terima kasih di atas doa Harris. Insya Allah usia di persaraan akan lebih bermakna.

    ReplyDelete
  33. salam uncle..

    MOGA APA JUGA SENTUHAN UNCLE selepas ini akan berikan lebih ketenangan dan kekuatan pada uncle sekeluarga..

    ReplyDelete
  34. W'salam Rashid

    Terima kasih kerana doakan uncle. Insya Allah uncle akan terus taburkan bakti melalui wadah yang lain pula dengan izinNya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa