Petikan sebahagian dari n3 di blog Episod Sebuah Perjuangan
3. Saya tidak tahu pemerintahan jenis apakah negara ini ? beberapa hari lepas sahabat saya dari Angkatan Muda Keadilan [ AMK ] , sdr Jonah dan Azizi ditahan dan direman kerana mengedarkan risalah bagi mendesak agar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah sekaligus membantah campurtangan politik dalam kes Datuk Seri Anwar yang sedang bicarakan sekarang .
4. Sebelum ini , beribu kes tangkapan dibuat oleh polis ke atas anggota PAS , PKR dan DAP atas kesalahan menghadhiri himpunan aman , mengedar risalah , ceramah umum dan kuliah agama . Kononnya mereka menyertai himpunan haram , menghasut rakyat agar membenci kerajaan dan sebagainya .
5. Persoalannya , bukankah negara ini negara demokrasi ? dan bukankah kerajaan UMNO & BN adalah penganut faham demokrasi ? sementara demokrasi itu memberi hak berhimpun dan hak rakyat bersuara .
Kata saya : Apa nak dihairankan kalau sekadar sebuah Parti Politik yang penganut faham demokrasi dan tidak megamalkannya? Itu hanyalah satu anutan dunia. Manusia yang mengaku menganut Agama Allah (Islam) lagikan tergamak tidak mengamalkannya! Solat dan Ibadat dikesampingkan dan dosa pahala dipersetankan......
Tu memang dah corak demokrasi berparlimen terpimpin acuan pemimpin kerajaan Malaysia pimpinan parti UMNO-BN.
ReplyDeleteAda berani, mari kita ubah (tambah baik) ler sistem yg terpakai. Aku perati kalau ler kita tak merdeka dulu ni, ingat aku tak ler haru cam hari ni. Pasal negara penjajah kita The G.Britain / UK tu bukan ker bapak demokrasi/contoh/idola pemimpin negara kita sejak dulu? Sir Lord Reid tu buka ker ada kaitan dgn Perlembagaan kita? Tapi apasal lain sangat demokrasi di Mess-ia dgn UK?
Heran, demokrasi UBN bawak byk betul rompong hingga jadi tak adil kpd 'pembangkang'. Sapa-2 tolong ler baca, kaji (kalau yg pernah duk UK, atau, negara maju Commonwealth even USA,Canada etc. tentu perasan hal ni) ..pasal sistem demokrasi UK/ USA..ada ker kerajaan pimpinan i.e. Labour menekan pembangkang,i.e. Demokrat cara terang-terang, jelas tak adil? Ada tak media perdana semua bolot ke dia (sini? who else?). Rakyat tak bebas bersuara (kalau depa ungkit isu sensitif perkauaman, isu '13 Mei 69' dll, tu takapa pulak?), berhimpun (tapi kalau puak dia demo tak apa pulak?), ada ISA, semua tu?Represif = zalim.
Kelemahan-2 demokrasi ala 'Mess-ia' paling ketara adalah amalan-2 seperti berikut:
1) Mempergunakan jentera & agensi kerajaan yg sepatutya bebas fahaman/ ideologi / pengaruh politik kepartian untuk memihak kepentingan/populariti UBN khususnya apabila kempen PRK & PRU.
2) Mempengaruhi / masuk campur secara halus atas kuasa legislatif seperti badan kehakiman & sistem perundangan sehingga byk kes sama ada tertangguh tanpa sebab yg kuat, terkhilaf (konon) ..dah macam sarkas atau siri kartun.
3) Polis (tentera kurang terlibat) pun nampak sgt memihak UBN dlm hal-hal tertentu. Kita boleh lihat perbezaan reaksi polis semasa demontrasi anjuran/ada penglibatan UMNO-BN, banding dgn demo oleh PR.
4) Media massa - cetak, elektronik e.g. RTM semua kena ikut cakap/selera UBN saja. Dah tu, Radio & TV Swasta pun tak boleh bawak kempen ideologi pembangkang cam ler idea pembangkang semua tak guna/sampah? Kurang-2 bagi ler slot atau channel swasta untuk pembagkang? Ini untuk rakyat menilai parti mana yg byk pemimpin bongok, sundal dan penipu dari masa ke semasa. Baru adil.
Hanz
ReplyDeleteMasalahnya kita sekarang mengiktiraf apa yang kerajaan buat. Bantahan yang dibuat tidak bersungguh-sungguh.
Pihak kerajaan pula, bila berkuasa mengamalkan konsep "apa yang ada aku punya". Mereka seolah tidak mengiktiraf hak dan kuasa rakyat.
Itulah sebabnya Prof. Aziz Bari kata Malaysia adalah Zimbabwe versi lain.