20 April 2012
KOTA BHARU - Majlis Veteran Umno Negeri Kelantan meminta Kumpulan 16 Umno Bahagian Gua Musang memberi masa kepada ketua bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat dengan beberapa kenyataan kontroversi, membuktikan kesetiaannya terhadap parti itu seperti diakuinya sebelum ini.
Pengerusinya, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata, Tengku Razaleigh, yang juga dikenali sebagai Ku Li, sudah menyatakan pendiriannya yang tetap setia bersama Umno walaupun didesak pelbagai pihak supaya meninggalkan parti itu.
“Beri peluang pada Ku Li. Kita tengok perjalanannya; ada lagi tak dikeluarkan kenyataan yang mirip ke arah menyokong pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada dua warga emas di Salor di sini, semalam.
Mohd Rozali diminta mengulas tindakan Kumpulan 16 Umno Bahagian Gua Musang yang mendesak Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, menjelaskan pendiriannya dengan jujur demi memantapkan perjuangan parti itu.
Kumpulan yang diketuai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian itu, Abdul Wahab Yunus, tidak mahu Tengku Razaleigh berdolak-dalik dalam menyatakan pendiriannya dan berusaha menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu.
Menurutnya, penjelasan Tengku Razaleigh sebelum ini tidak sepatutnya diragui, tambahan pula beliau sudah terlalu lama dalam Umno.
Mohd Rozali berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan melalui media kerana ia boleh mengusutkan lagi keadaan, sebaliknya perlu diajukan terus kepada Tengku Razaleigh.
“Sepatutnya perkara ini dibincangkan secara dalaman, misalnya ketika mesyuarat Umno bahagian berkenaan yang turut dihadiri Ku Li. Itu lebih baik kerana dapat mencapai penyelesaian sewajarnya,” katanya.
Tengku Razaleigh pernah membuat kenyataan kontroversi, termasuk meminta royalti diberi kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan menyatakan pendiriannya bahawa beliau tetap akan bertanding untuk kerusi Gua Musang, yang dipegang kira-kira 30 tahun lalu.
Mengulas mengenai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Rozali berkata, setakat ini majlis itu tidak mengemukakan sebarang nama calon kerana tidak diminta berbuat demikian.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa