Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 16, 2012

Dah Lepasi Tarikh Luput, Baru Nak Bersuara?

Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil

Harakahdaily,

16 Apr 2012
BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

(Tan Sri Kadir buat pertama kali berucap di atas pentas PAS selepas keluar Umno)

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini.

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.

(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang)

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.

2 comments:

  1. aku paling meyampah pada ahli politik yg bila dah takde jawatandan kuasa.baru la nak melalak mengatakan kerajaan tidak betul,masa ada jawatan.mulut macam kena gam langsung tak berani nak berbunyi,,,,,,contohyan.Datuk Fauzi Abd RahmanDatuk Chua JUi Meng,dan yang terbaru Si Mamak Kadiq ni la....

    ReplyDelete
  2. Anon

    Sebenarnya ramai yang spesis begini kat Malaysia ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa