Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 27, 2012

Kalau Bukan Kambing, Anjinglah Kot?

'DBKL bukan kambing hitam kerajaan'
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menafikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijadikan kambing hitam bagi menangani perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 3.0.

NONE"Kambing apa? Kambing dah terlepas ke?

"Saya tidak rasa begitu (dijadikan kambing hitam)," katanya sinis mengulas analisis media terhadap tindakan DBKL terhadap BERSIH.

DBKL menjadi mangsa spekulasi itu ekoran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak mengeluarkan sebarang bantahan untuk perhimpunan BERSIH seperti sebelum ini.

Hishammuddin malah mengulangi dua kali dalam program berasingan bahawa ia bukan ancaman kepada keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa