Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 18, 2012

Saya Sokong Selagi Tiada Ketirisan Dan Pembaziran

Malaysia memborong Kapal Perang Rusia kes Spratly?
Rabu, 18 April 2012
Spesies Kapal perang Morshansk milik Rusia adalah kapal korvet kelas Tarantul-III 

Negara ku Malaysia diberitakan akan membeli secara borong berbagai persenjataan teknikal buatan Rusia, dari senjata ringan sehinggalah kepada kapal perang peluru berpandu. Perbincangan pembelian senjata itu masih berlangsung.

Sebagaimana yg dimaklumkan oleh Viktor Komardin, Deputi Ketua Rosoboronexport—perusahaan eksport senjata dari Rusia, di Kuala Lumpur, Selasa lalu 17/4/2012, lapuran dari berita RIA Novosti.

Kata nya Malaysia sudah mendekati proses perbincangan akhir untuk meluluskan untuk membeli sistem senjata termasuk senjata antitank Kornet, senjata antipesawat Igla, dan masih terus berbincang untuk membeli kapal perang peluru berpandu dan kapal-kapal perang yg lain.

Komardin menambahkan, Rusia juga menjual lesen pembuatan kapal peluru berpandu kelas Molniya dan kapal perang klass Mirazh.

"Malaysia tertarik dengan kapal-kapal kelas Molniya dan Mirazh kami. Ini memerlukan pihak nya membina sendiri di bawah lesen perushaan kapal mereka, " tambah Komardin lagi.

Kapal perang kelas Molniya adalah kapal jenis korvet hasil kemajuan kapal perang kelas Tarantul. Kapal sepanjang 56.1 meter ini dilengkapi dengan sistem radar dan persenjataan terbaru, termasuk senjata antikapal P-270 Moskit-E (SS-N-22 Sunburn) dan senjata antipesawat Igla.

Sebelum ini Vietnam lebih dulu membeli kapal kelas ini. Vietnam juga dikabarkan membeli lesen untuk membuat sendiri kapal-kapal perang ini.

Federal Ilmuwan Amerika (www.fas.org) berkata kapal kelas Molniya ini dirancang untuk melakukan pertempuran laut melawan kapal kapal konvensional. Ukurannya yang relatif kecil membuat kapal ini bergerak lincah dan mampu bergerak bersama sama kapal nelayan atau kapal barang kecil di persekitaran pesisir, membuatkan ianya sukar ditembak. 

Malaysia dan Vietnam, serta dua negara pendakwa memiliki Kepulauan Spratly, memiliki kapal ini, situasi konflik di kawasan Laut China Selatan boleh menjadi semakin panas. – Sumber

2 comments:

  1. wa pun sokong. asal berbaloi.tanpa penyelewengan.Jangan pulak bila buat sendiri nanti pakai besi low class... serupa juga jadinya. alamat jadi muzium la.

    ReplyDelete
  2. Sdr. Hati Muda

    Masalah besarnya ramai yang terus mengira berapa banyak yang akan masuk poket!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa