Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 23, 2012

Nampaknya Kedua-Dua Takleh Pakai

Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan
Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hasil pemantauan awal kementerian menunjukkan perhimpunan aman tersebut tidak memerlukan kehadiran secara keterlaluan pihak polis seperti menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana ia tidak menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan.

"Sungguhpun begitu, FRU dan polis akan sentiasa dalam keadaan siap siaga 24 jam, 7 hari seminggu...kita akan mengadakan perbincangan dan meminta persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, dari segi apa yang nak dilakukan di lokasi perhimpunan yang sesuai dalam jangka masa yang realistik dan untuk perkara-perkara yang selamat.

"Kalau ada kehadiran polis pun hanya untuk mengalu-alukan peserta perhimpunan ke kawasan yang akan ditetapkan kelak," katanya pada sidang media di Program Ceria Gagasan Anak-anak Sembrong di Perantauan (GAASP) di Bukit Kiara, di Kuala Lumpur hari ini.

Menyentuh mengenai isu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan Bersih 3.0, Hishamuddin berkata masyarakat perlu memandang rasional keputusan tersebut.

"Jadi saya harap semua pihak perlu bersikap positif mengenai pemilihan lokasi kerana kementerian sentiasa bersikap terbuka namun penganjur perlu pastikan perhimpunan dibuat mengikut setiap prosedur yang ditetapkan dan bertanggungjawab ke atasnya," katanya.

Hishammuddin berkata pihaknya juga tidak menghalang penganjur perhimpunan aman untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebagai kawasan untuk berhimpun namun mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu.

"Saya yakin dengan cara kerajaan kini yang bersikap lebih terbuka terhadap isu dan bantahan yang ingin disuarakan oleh pihak tertentu dan saya harap perhimpunan aman tersebut dapat dibuat dalam keadaan yang rasional dan realistik dan bukan untuk mempolitikkan atau memecah belahkan rakyat.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penahanan dua individu pagi tadi oleh polis berhubung isu sekumpulan penuntut yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka yang memprotes agar dimansuhkan Pinjaman Tabung Perbadanan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut dan beliau akan menyemak mengenai penahanan tersebut.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai peruntukan kuasa anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) iaitu kuasa membawa senjata api dan kuasa untuk menahan serta memeriksa mana-mana individu yang disyaki pengganas yang digugurkan ketika persidangan Parlimen pada Selasa lepas, Hishammuddin berkata ia dijadikan sebagai suntikan semangat baru bagi anggota Rela.

"Sebelum ini, banyak permasalahan timbul dalam keanggotaan Rela, namun perkara sebegini yang membelenggu imej anggota Rela mesti ditangani terlebih dahulu.

"Sungguhpun Rela kini bergerak dengan akta yang baru, ia tidak bermakna kuasa atau peranan Rela menjadi kurang malah KDN sedang memperisikan Rela dalam pelbagai aktiviti lain yang sebelum ini tidak melibatkan Rela contohnya rondaan bersama polis di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menurunkan indeks jenayah, merapatkan hubungan kerjasama dalam konteks bencana dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata persepsi masyarakat terhadap Rela dalam beberapa insiden sebelum ini langsung tidak menggugat atau mengekang anggota Rela daripada terus bertambah.

"Keanggotaan Rela kini telah meningkat kepada 2.9 juta orang dan menjelang hujung bulan ini, ia akan bertambah menjadi 3 juta dan dengan imej dan akta baru itu, institusi Rela tetap menjadi benteng kepada pembinaan negara bangsa, tidak kira kaum, agama, kedudukan dan darjat," katanya. - mk

Memteri KDN Kata Tak Gugat Keselamatan
Polis kata kerana keselamat
Hayyya member kat Kerala sana pun naik bingung!


KDN kata boleh .. polis bangkang
Parlimen kata boleh .. DBKL bangkang
Cakap belit belit .. perangai cam longkang
Semua takde telo .. apa punya bangang

5 comments:

  1. Salam buat Tuan punya blog...
    Mohon kalau tak keberatan link kan blog sy kedalam blog Tuan... Terima Kasih apa2 Salam Perjuangan...

    ReplyDelete
  2. Salam sdr Penghuni Gunung,

    Ini semua sandiwara UMNO, Menteri Dalam Negeri kate OK, itu cume satu 'alasan manis' saje.

    Yang pahit nye, stadium mane yang sanggup beri kebenaran. Sebab nye semua nye under UMNO control.

    Kalau susah2 nak cari tempat yabg stratigik, buat aje kat ladang Wak Labu di Sg Tungku.

    ReplyDelete
  3. W'salam Mat Indera Sipejuang

    Saya dah tunaikan hajat saudara

    ReplyDelete
  4. W'salam wak labu

    Memang kata-kata pemanis mulut yang kelam berbau. kita tertipu!

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan...
    Terima kasih kerana sudi link kan blog sy yg baru tak sampai setahun jagung tu... namun diharap dapt memberi manafaat kepada kita semua... Salam Perjuang... kah kah kah !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa