Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 25, 2012

UMNO Kata PAS Kuda Tunggangan DAP. Sekarang UMNO P.P. Jadi Ape Plak?

Umno Pulau Pinang kuda tunggangan Gerakan
Harakahdaily,24 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru memperlihatkan lemahnya pemimpin Umno Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata pihaknya merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN.

"Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh Umno, tetapi mereka ditolak ke tepi.

"Keadaan ini menunjukkan bahawa Umno sebenarnya ‘kuda tunggangan’ Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut," katanya.

Pelantikan ini kata Riduan pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang.

"Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu Umno Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana.

"Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden Umno agar pemimpin Umno diangkat sebagai Pengerusi BN," soalnya lagi.

Menurutnya, pemimpin Umno P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan parti mereka sendiri sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.

3 comments:

  1. UMNO dah diperLEMBUkan GERAKAN...!! HE..HE..HAW..!!

    ReplyDelete
  2. mana geng UMNO mamak yg selalu dok buat kacau tu...takdak teloq ke...hehe

    ReplyDelete
  3. Di Pulau Pinang orang dah lama tahu...
    Umno sebenarnya telah di "DOGGY" oleh Gerakan & Mca sampai longlai dan tak bermaya. Mulut ja kuat merenget tapi badan dah longlai. Sebab tu dia orang jadi macam tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa