Inilah masalahnya bila manusia dari agama lain didakwah oleh golongan songsang.
MCA Dakwa Hudud Jejas Bukan Islam
KULIM – Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mempertikaikan dakwaan parti pembangkang bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan melibatkan golongan bukan Islam.
Tee Yong berkata, parti DAP dan PAS yang membuat dakwaan itu sebelum ini tetapi banyak contoh sepanjang tiga tahun lalu menunjukkan sebaliknya.
“Keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menjadikan daerah ini sebagai kawasan bebas minuman keras menjelang Julai membuktikan pelaksanaan undang-undang hudud akan melibatkan kehidupan bukan Islam.
“Ini termasuk kes Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Selangor yang melarang pekerja beragama Islam menghidang minuman keras sebelum ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sikap berdiam diri PAS terhadap keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menghentikan pengeluaran lesen menjual minuman keras itu juga membayangkan sokongan mereka terhadap tindakan tersebut.
Malah, katanya, langkah berdiam diri tersebut juga menunjukkan parti lain dalam pakatan pembangkang tidak berupaya melakukan apa-apa kecuali mengeluarkan kenyataan membantah.
Menurutnya, jika DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tidak tahu mengenai keputusan Pejabat Daerah Kulim itu bermakna PAS bertindak sendiri dalam perkara berkenaan dengan tidak menghormati rakan sekutunya.
Mengulas lanjut tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang pekerja beragama Islam menghidang minuman keras, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu melakukan apa-apa dan sentiasa mengubah pendiriannya berhubung perkara itu.
“Saya percaya isu itu masih belum diselesaikan sepenuhnya,” katanya lagi. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa