Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 30, 2012

Ini Salah Seorang Polis Yang Najib Kata Menjadi Mangsa Itu!

‘Mak pengsan akibat dipijak, diterajang polis’


KUALA LUMPUR: “Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.
Bercakap kepada  KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.
Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya   yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus. - Kd
Sementara tu layanlah video kat bawah ni...

3 comments:

  1. Hal ini mana dia nak hebah. Tapi kena maklum rakyat dah tak buta dan kalau yg buta itu segelintir je yg ada kepentingan saja...

    ReplyDelete
  2. kekesalan teramat sangat ttg hal ini. makcik ni berbahaya ke? wanita umur 50 tahun bahaya takat mana? sampai begitu sekali dibalun.
    sedey wa bro..

    ReplyDelete
  3. Fake. Dahi tak luka pun. Saja nak heboh cerita yang tak benar

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa