Tindakan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga yang tetap mahu mengadakan berhimpun di Dataran Merdeka Sabtu ini dilihat sebagai agenda "tali barut asing untuk menghancurkan negara", dakwa Umno Cheras.
Ketua bahagian itu Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee berkata, tanpa sokongan luar, Ambiga dan pemimpin BERSIH tidak akan berani mencabar kedaulatan undang-undang negara ini.
"Dilihat kepada sikap keras kepalanya, tidak mustahil Ambiga membawa agenda jahat kuasa luar untuk menghancurkan negara ini.
"Jika dia benar-benar jujur, sepatutnya menerima cadangan kerajaan supaya perhimpunan di adakan di stadium, bukannya di jalanan atau lokasi tumpuan umum," tegasnya .
Sehubungan itu, Syed Ali mendakwa Ambiga mempunyai niat tidak bersih dan sengaja melakukan provokasi untuk menghuru-harakan negara ini.
Syed Ali juga mendakwa rakyat bukan sahaja mencemuh dan menolak bekas pengerusi Majlis Peguam itu, bahkan juga hairan dengan sikap pihak berkuasa yang didakwanya "seperti takut untuk bertindak".
Dalam kenyataannya hari ini, pemimpin Umno itu turut mempersoalkan apa lagi kemahuan Ambiga sedangkan kerajaan didakwanya memenuhi hampir 80 peratus tuntutan BERSIH 2.0.
"Sebenarnya mereka sengaja merancang untuk lakukan demontrasi jalanan sepertimana yang dilakukan tali barut asing di beberapa negara Islam sebelum ini," katanya sambil mengaitkan dengan peristiwa di beberapa negara Timur Tengah.
Syed Ali turut mengutuk pendirian PAS yang sanggup bersubahat dengan Ambiga yang didakwanya penyokong kuat amalan budaya seks songsang. - mk

bukan modal jer dah abis rambut pon dah nak abis sebab dok pikir macam mane nak klentong
ReplyDeleteKah kah kah...
ReplyDeleteModal orang dah bankrup idea sambil buat lawak BUDUH!!!
Kah kah kah...
Apa dia ingat Ambiga macam watak Buang dalam cerita Sarjan Hasan ke???
Porah la lu!!!
Kah kah kah...
Halo mangkuk!!!
Yang umno bagi ic kepada warga asing tu umno tali barut apa pulak???
Kah kah kah...