21 April 2012
KUALA KRAI - Hasrat sekumpulan 11 penduduk tempatan Dabong untuk mengikuti program keagamaan di Taman Negeri Gunung Stong, dekat sini, berakhir dengan tujuh daripada mereka hilang selama 28 jam di kawasan pergunungan itu sejak kelmarin.
Tujuh individu itu termasuk tiga perempuan dikatakan hilang apabila kumpulan terbabit berpecah, petang kelmarin.
Peserta, Ibrahim Mohamad, 45, berkata, dia bersama 10 lagi anggota kumpulan naik ke Gunung Stong, pagi Khamis lalu untuk menjalankan program keagamaan.
"Bila sampai di Kem Baha, Gunung Stong saya bersama seorang lagi peserta bertolak dulu untuk membuat tinjauan sebelum kumpulan kami naik ke Gunung Ayam.
"Bila kami berdua turun semula ke kem itu, hanya tinggal dua anggota kumpulan manakala yang lain sudah bertolak ke Gunung Ayam," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ibrahim berkata, mereka berempat kemudian cuba menyusul tujuh anggota terbabit dan berulang-alik antara Gunung Stong dan Gunung Ayam selama kira-kira 16 jam namun, gagal menemui kumpulan itu.
"Bimbang bila gagal menemui mereka, kami ambil keputusan turun dulu dan memaklumkan kepada penduduk serta pihak berkuasa," katanya.
Bapa saudara seorang peserta yang hilang, Mohd Samsuddin Dollah pula berkata, ini kali pertama anak saudaranya, Zulkifli Mohamad, 18, yang memang meminati ilmu keagamaan naik ke Gunung Stong.
"Saya pun tak tahu dia naik Gunung Stong, dan hanya tahu mengenainya bila pagi ini orang kampung beritahu ada beberapa penduduk termasuk anak saudara saya hilang di atas gunung," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, seramai 20 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah ini menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang diketuai Pegawai Pertahanan Awam daerah, Khairul Afzan Md Yassin.
Ketika berita ini siap pada jam 7.30 malam, operasi menurunkan mangsa yang dikatakan berada di Kem Baha, Gunung Stong masih dijalankan dan dijangka mengambil masa kira-kira tiga jam.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa