IGP: Rampas kamera wartawan bukan SOP
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya.
"Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku.
"Saya ingat saya kata beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi.
Ditanya siapakah yang memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang.
Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu dan pihaknya turut mengambil berat tentang aduan yang telah diberi oleh orang awam, wartawan malah anggota polisnya sendiri.
Katanya, polis bersikap terbuka untuk menyiasat segala tohmahan yang diberikan dan menggesa supaya pihak yang didakwa dikasari, membuat aduan.
"Tiada siapa yang beri arahan. Seperti yang saya kata, semua ikut kuasa undang-undang. Kejadian telah berlaku dan kita akan siasat secara terbuka untuk jaga kepentingan semua orang.
"Kita akan siasat semua laporan polis yang dibuat. Kita akan siasat dengan adil. Keadilan untuk semua. Malah ada juga pegawai polis yang dikasari.
"Ada yang patah gigi, hidung, lengan retak dan kenderaan pasukan telah dimusnahkan. Kita akan siasat," katanya lagi.
Beliau turut ditanya mengenai arahan kepada anggota polis untuk membuat tangkapan di luar kawasan Dataran Merdeka memandangkan pasukan itu hanya diperintahkan untuk berkawal agar peserta tidak memasuki kawasan tersebut.
Ismail menjelaskan, anggotanya bertindak secara proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.
"Kita bertindak secara proaktif. Takkan nak tunggu rumah terbakar baru nak padam api. Ini adalah tindakan untuk mencegah," katanya lagi.
Wartawan Pun Dah Tau Marah
Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis

Enam kesatuan wartawan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyiasat dakwaan tindakan ganas dalam perhimpunan BERSIH 3.0 secara terperinci dan mendakwa individu terbabit.
Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.
Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.
"Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu.
Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu.
"Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik.
Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu.
Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan Penang Press Employees Cooperative Society Limited.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa