Dia mempunyai hati yang baik dan mesti punya naluri kemanusiaan yang tinggi dan harus dipuji. Itu hak dia dan perasaanya yang memang terpuji.
Tapi adakah perasaan yang sama dikungsikan dengan anggota-anggota polis yang membelasah dan melanyak demonstran tanpa sebab sehingga lunyai.
Atau pada anggota polis yang berkelakuan begitu, para demonstran yang tidak terdaya melawan itu bukan manusia? Semuanya binatang yang boleh diperlakukan sesuka hati?
Itulah sebabnya (maaf cakap) mengikut cakap-cakap orang awam kebanyakan 'anak-anak polis jahat' sebab bapa mereka pun berkawan dengan setan dan membawa pulang duit haram untuk membesarkan mereka.
Aku pun dikira anak polis juga sebab bapa angkat yang aku panggil 'Abah' (sudah meninggal) adalah bekas pegawai polis berpangkat cif inspektor. Tapi aku tahu menilai buruk dan baik sesuatu perkara. Arwah ni juga selalu nasihatkan aku "Jangan kau jadi Polis". Rupanya inilah rahsia di sebalik larangannya.
Aku tetap benci sesiapa sahaja berperangai kebinatangan tidak kira polis atau sesiapa saja yang tidak ada perasaan dan belas kesihan!
Aku juga tahu bukan semua polis berperangai dan bersikap begitu (jahat) kerana aku juga ramai kawan yang terdiri dari anggota polis. Adik aku seorang polis. Kakak Ipar aku pun polis juga. Tengoklah dari beratus-ratus polis yang bertugas hari tu, berapa peratus jer yang meniru perangai binatang?
Pemandu kereta polis dakwa 'tak berapa sedar'
Anggota polis yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mendakwa beliau tidak berapa sedar ketika insiden itu berlaku semalam.
Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.
Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri)berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.
"Saya tak tahu apa berlaku. Saya sedar-sedar saya dah ada di sini (HKL). Tapi yang saya pasti, kepala saya diketuk dengan objek keras," katanya.
Mohamad Kamil mendakwa, beliau yang dalam perjalan ke Dataran Merdeka daripada Pusat Latihan Polis itu sebelumnya diserang oleh peserta perhimpunan.
Katanya, beliau tidak melalui jalan alternatif kerana tidak mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.
"Saya tak tahu situasi jalan di situ kerana saya orang luar. Saya dari Kuala Terengganu," katanya.
Turut ditemui di hospital berkenaan ialah jurukamera stesen televisyen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.
Katanya beliau melihat bahawa pemandu kenderaan polis itu sudahpun tidak sedarkan diri dan kenderaan itu terbabas sehingga melanggar orang awam.
Mohd Azri (kanan)kemudiannya bertindak menghalang peserta perhimpunan tersebut daripada terus memukul anggota tentera yang tidak sedarkan diri itu.
"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu".
"Yang saya sedar, ada yang pukul pakai topi keledar. Saya masa itu tutup mata dan mengambil langkah meronta supaya dapat lepaskan diri. Masa saya larikan diri, baru saya sedar yang kepala saya dah berdarah.
Mohd Azri juga berkata, beliau masih lagi belum memikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atas insiden yang menimpanya.
"Saya menerima sembilan jahitan di luar dan enam jahitan di dalam di bahagian kepala... Saya akan fikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya.
Tapi yang aku nampak dari video-video yang tersiar di blog-blog, polis ni berseluar pendek dan bertopi keledar. Uniform driver polis ke tu?

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa