Selalunya bila Cucu saya Haris (umur 2 bulan lebih) meragam nak tidur, saya pangku dia di ribaan dan saya berzikir. Tidak lama saya berzikir dan bertasbih dia akan terlena.
Pada suatu hari yang lain, bila dia buat ragam yang sama nak tidur, Opahnya (isteri saya) meribanya dan berzikir sebagaimana saya lakukan sebelum ini. Tak lama selepas Opahnya berzikir, dia pandang muka Opahnya dan dia senyum tersengih-sengih. Kelakuan ini memeranjatkan Opahnya dan berkata "Kenapa, tak sedapkah zikir Opah?"
Haris tersengih lagi. Sambil ketawa Opahnya berkata "Ooo.. pelat lidah Opah tak sedap yer, lain dari lidah dan irama Datuk?
Haris terus tersengih, bukannya terlena!
Memandangkan gelagat Haris, kami sekeluarga ketawa.
Persoalan di sini, adakah bayi berumur dua bulan lebih tahu menghayati dan memahami pelat serta irama zikir?
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa