KUALA LUMPUR – Golongan muda terutama pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepatutnya bersyukur kerana mereka dapat hidup dalam suasana selesa di negara ini.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, kenikmatan itu diperoleh hasil usaha yang dilakukan kerajaan selama ini.
“Generasi muda jangan mudah terpengaruh dengan elemen negatif seperti memperbodohkan diri dengan menyertai demonstrasi jalanan.
“Mereka perlu tahun bahawa negara ini tidak boleh menjadi lebih baik daripada apa yang dinikmati sekarang tetapi untuk menjadi buruk boleh berlaku,” katanya selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai penjajahan dan kebijajahan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa berarak di ibu negara baru-baru ini bagi membantah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
D’Cruz seterusnya berkata, golongan muda terbabit diminta supaya tidak merosakkan keamanan negara kerana amat sukar untuk Malaysia kembali menjadi aman sekiranya berlaku kucar-kacir di negara ini.
Menurutnya, negara yang tidak berbilang bangsa mudah untuk mengalami masalah apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa. – mynewshub.my
Bagaimana pula dengan N3 di bawah ini?
Ni Dia Tujuh Wajah Pengkhianat Negara, Bangsa & AgamaBagaimana pula dengan N3 di bawah ini?
Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :
1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)
2. DATUK MOHAMED THAJUDEEN ABD WAHAB - Setiausaha MKN (gambar bawah)
3. DATUK WAN AHMAD WAN OMAR - Timbalan Pengerusi SPR (gambar bawah)
4. DATUK JARIAH - Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (gambar bawah)
5. NIK NORASHIKIN NIK MANSUR - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
6. RASHID BASIRON - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
7. SHAHRUL ANWAR AHMAD ZAHIDI - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
Sebenarnya mereka ini lah pengkhianat negara, agama dan bangsa. Sebagai salah seorang penduduk negara bertuah ini rasa terhina dan tercabar menyelebungi jiwa dengan perbuatan dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mereka-mereka ini. Sekiranya pendedahan YB Pokok Sena ini salah, mereka ini patut tampil ke hadapan bagi menafikan pendedahan tersebut dan tindakan sewajarnya patut di ambil bagi membersih nama yang tercalar, tetapi sekiranya tiada sebarang penafian dan tindakan dibuat, seruan dan cadangan agar mereka-mereka ini diajar dengan secukupnya.
Mereka-mereka inilah kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan tidak bermaruah, menjual dan menggadai maruah hanya dengan sedikit habuan dunia.
Aku bawa dari sini
# Kalau tidak benar. Aku nak tengok ada dak antara malaun-malaun ni akan bertindak menyaman Mahfuz
Dan yang di bawah ini pula satu hal lagi
Timun Babi Pun Boleh Mengundi?
Satu lagi pendedahan mengejutkan terbongkar!
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan satu lagi contoh bagaimana daftar pengundi dimanipulasikan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
Jika sebelum ini, nama Balai Polis Pantai pun turut dimasukkan di parlimen Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi nama yang sungguh meragukan.
Timun Babi, begitulah nama seorang pengundi berdaftar yang menjadi pengundi yang sah di parlimen Lawas, Sarawak.
Walaupun nama tersebut agak sinonim dengan nama masyarakat pribumi negeri itu, tetapi perlu ada pengesahan secara fizikal siapakah pemilik kad pengenalan ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Parlimen Lawas dimenangi pada pilihanraya umum 2008 menerusi Henry Sum Agong dari Barisan Nasional menewaskan Japar Suyut dari PKR dengaan majoriti 7,792 undi.
Rekod pemilih pada 2008 menunjukkan kaum Melayu dan Bumiputera Sarawak adalah dominan di kawasan parlimen tersebut yang juga kerusi parlimen terakhir dari sejumlah 222 kerusi yang bakal dipertandingkan dalam pilihanraya umum akan datang.
Dengan jumlah keseluruhan pengundi berdaftar seramai 15,717 pengundi, apa sahaja boleh berlaku di saat SPR dilembukan Umno-APCO yang kantoi dengan pendedahan task force oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkenaan konspirasi pemberian kad pengenalan kepada warga asing tanpa izin yang berpusat di Putrajaya!
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa