Misalnya gelagat Pemain lawan, kelemahan Pengadil perlawanan dan adakalanya gelagat Polis yang mengawal Penonton.
Yang paling ketara adalah kelemahan Pengadil perlawanan yang 'untouchable'
FAM hukum berat FAS dan Johor FC
28 April 2012
NASIB malang terus menimpa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) apabila dikenakan denda berjumlah RM46,000 kerana kegagalan menyediakan keselamatan yang efektif ketika menentang Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada 7 April lepas.
Minggu lepas, FAS dikenakan denda RM29,500 oleh Jawatankuasa Disiplin FAM kerana gagal mematuhi arahan sama pada perlawanan Liga Super
menentang Lions XII pada 17 Mac lepas di stadium sama.
menentang Lions XII pada 17 Mac lepas di stadium sama.
Selain hukuman denda, Sarawak perlu bermain di stadium kosong dalam empat perlawanan di gelanggang sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Displin FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, selain itu pasukan Johor FC turut dikenakan denda RM20,000, selain diberikan amaran
keras, kerana kegagalan mengawal penyokong sendiri yang membaling botol air sehingga terkena kepala kapten Lions XII, Shahril Ishak ketika pertemuan
kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 7 April lepas.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh Lions XII menerusi jaringan tunggal penyerangnya, Khairul Nizam pada minit ke-42.
Mereka sepatutnya tahu mengawal emosi penyokong sendiri selain memastikan tahap keselamatan yang baik ketika beraksi di gelanggang sendiri, katanya kepada
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang berlangsung hampir tiga jam di Wisma FAM semalam.
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang berlangsung hampir tiga jam di Wisma FAM semalam.
"Hukuman yang kita kenakan ini tidak boleh dirayu kerana ia merupakan denda minimum yang dikenakan kepada kedua-dua persatuan itu.
"Kita menjatuhkan hukuman ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pasukan sebaliknya lebih memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat untuk
meningkatkan kawalan di stadium pada masa depan," katanya.
meningkatkan kawalan di stadium pada masa depan," katanya.
Taufek berkata, FAS turut dikenakan hukuman bermain di laman sendiri tanpa kehadiran penyokong selama empat perlawanan dan hukuman itu dijangka bermula
pada perlawanan Liga Super membabitkan pasukan yang digelar 'Bujang Senang' itu menentang Kuala Lumpur pada 4 Mei ini.
pada perlawanan Liga Super membabitkan pasukan yang digelar 'Bujang Senang' itu menentang Kuala Lumpur pada 4 Mei ini.
Selain gagal menyediakan kawalan keselamatan yang sepatutnya di stadium, FAS turut dikenakan tiga lagi pertuduhan iaitu penyokong menyerang anggota Unit
Simpanan Persekutuan (FRU) dengan menumbuknya sehingga pengsan.
Simpanan Persekutuan (FRU) dengan menumbuknya sehingga pengsan.
FAS turut dituduh dengan membiarkan penyokong mereka membaling botol air ke arah penolong pengadil Azman Ismail semasa perlawanan Sarawak menentang
Kelantan, serta membiarkan penyokong mereka membaling botol air dan mercun ke arah penyokong Kelantan. - SH
Kelantan, serta membiarkan penyokong mereka membaling botol air dan mercun ke arah penyokong Kelantan. - SH
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa