Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 20, 2012

Bagi Akulah Berbini Tu Allah Tak Marah Tapi Duit Sebanyak Itu Yang Menjadi Pokok Persoalan

Benarkah Zahida Rafik Isteri Shafie?
PENAMPILAN bekas pemandu pelakon Zahida Rafik,  Noor Azman Azemi bersama-sama dengan Ketua Wanita PKR, YB Zuraida Kamarudin di Parlimen kelmarin dilihat bakal membongkar satu lagi salah laku membabitkan pemimpin tertinggi UMNO iaitu Naib Presidennya sendiri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.
Dakwaan bahawa Shafie mempunyai skandal dengan artis cantik molek kacukan Melayu-Pakistan ini memang menarik untuk diperkatakan.  Apatah lagi  bila ia juga membabitkan sejumlah wang yang besar yang didakwa Azman dibayar oleh Shafie kepada Zahida setiap bulan.
Tapi dalam masa yang sama penulis tidak boleh menolak dari berasa curiga dengan niat Azman menggunakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membuat pendedahan ini, kerana kelihatannya Azman cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Zuraida.
Berdasarkan maklumat penulis, Shafie dengan Zahida dikatakan telah bernikah di London tidak beberapa lama dahulu.  Antara punca kenapa Zahida menghilangkan diri dari dunia artis secara tiba-tiba juga dikaitkan dengan pernikahan tersebut.
Penikahan ini dirahsiakan demi menjaga hati isteri pertama Shafie, Datin Seri Shuryani binti Shuaib  dan 6 orang anak mereka.  Dalam erti kata lain, Zahida adalah isteri kedua Shafie.
Justeru, penulis curiga kenapa Azman yang mengaku sebagai orang kepercayaan Shafie, tidak boleh menghidu berita pernikahan kedua mereka ini?  Takkanlah selama 5 tahun bertugas sebagai pemandu Zahida, tidak terbit sekalipun gerak geri dan perkataan yang menjurus kepada pernikahan keduanya?
Apatah lagi bila Azman mendakwa dia adalah orang kepercayaan Shafie sehingga Shafie sanggup menyerahkan beratus ribu ringgit wang kepadanya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.  Pelik juga penulis, orang kepercayaan yang bersama ke hulu ke hilir, tidak tahu yang keduanya sudah menikah?
Soal ini penting kerana jika benar keduanya sudah menikah, maka soal skandal yang cuba dibangkitkan Azman itu tidak timbul lagi dah.
Penulis sangat pasti yang Azman sudah mengetahui bahawa kedua mereka ini telah bernikah dan dengan itu tuduhan yang mengatakan bahawa Shafie mempunyai skandal dengan Zahida itu adalah tuduhan yang direka-reka oleh Azman sendiri untuk mendapat perhatian Zuraida.
Di samping cuba mendapatkan khidmat guaman terbaik dari Pakatan Rakyat dalam melindungi dirinya dari tuduhan menggelapkan wang Zahida sebanyak RM 200,000, yang boleh dirujuk disini.  Azman mungkin belajar dari nasib yang menimpa Datuk Shamsulbaharin Ismail dalam isu NFC.
Semua ini memerlukan kajian dan siasatan segera kerana penulis tidak mahu, diakhirnya nanti Zuraida sekadar dipergunakan oleh Azman untuk kepentingannya sendiri.
Tapi dalam masa yang sama, penulis menggesa polis menjalankan siasatan ke atas dakwaan Azman tentang jumlah wang yang banyak dibayar setiap bulan oleh Shafie kepada Zahida sebagai nafkah, walaupun dalam masa yang sama kita tahu Shafie sendiri adalah seorang peniaga berjaya di Sabah sebelum menyertai politik pada 1995.
Di samping Zahida sendiri yang datang dari latar belakang keluarga yang berada dan mempunyai perniagaan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa